mutakhir

Esok kita belum 'raya' - Noor Hisham [METROTV]

Oleh Shamran Sarahan

"KITA tidak tamatkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), persepsi kita tamatkan PKP dan esok kita raya itu adalah salah,".

Demikian tegas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mahu membetulkan persepsi orang ramai mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) esok bukan bermakna PKP ditamatkan.

Menurutnya, PKP masih ada cuma diberi sedikit kelonggaran berdasarkan kriteria ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Enam kriteria digariskan WHO sebelum memutuskan sama ada PKP boleh ditamatkan kita berjaya capai.

"Kriteria berkenaan merangkumi kawalan sempadan diperketatkan, kemampuan sistem kesihatan, kebolehjangkitan, menggunakan kes kumulatif untuk kita lihat perkembangan setiap hari," katanya.

Menurutnya, selain itu, fasiliti kementerian kesihatan kesihatan berada dalam keadaan bersedia seperti sekarang penggunaan wad dan unit rawatan rapi (ICU) kurang 20 peratus digunakan.

"Ketika ini kita mempunyai 1,509 ventilator dan hasil inovasi bahagian kejuruteraan KKM, satu ventilator boleh dipakai dua pesakit.

"Selain itu, keupayaan kita membuat ujian saringan juga meningkat melalui penerimaan kita antigen," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: May 3, 2020 @ 7:07pm
    d