mutakhir

28 ditahan daki Bukit Broga

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SERAMAI 28 individu ditahan dan dikompaun RM1,000 selepas didapati melakukan aktiviti pendakian Bukit Broga di Semenyih, pada Sabtu dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pemeriksaan dilakukan pasukan pemantauan Op Covid Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

"Hasil pemantauan di kawasan Bukit Broga mendapati seramai 28 individu melakukan aktiviti pendakian.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Semenyih untuk tindakan lanjut. Dua daripadanya ditahan manakala 26 dikenakan kompaun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) dan Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pendakian Bukit Broga buat masa ini kerana masih ditutup.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: August 10, 2020 @ 7:57pm
    d