mutakhir

Mesyuarat MN dibatal saat akhir

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) dibatalkan malam ini.

Pembatalan mesyuarat yang diadakan di Menara Umno itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, pembatalan itu dibuat atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Mesyuarat batal atas nasihat MKN," katanya.

Ia dipercayai susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sehingga 27 Oktober ini.

Wakil media menanti perkembangan mesyuarat sejak jam 8 malam tadi di lobi Menara Umno.

Mesyuarat malam ini antara lain akan membincangkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan MN yang dianggotai Umno dan Pas.

Pemerhatian malam tadi juga mendapati pemimpin utama Umno dan Pas tidak hadir mesyuarat berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 19, 2020 @ 11:50pm
    d