Eropah

EU luluskan penggunaan vaksin Johnson & Johnson [METROTV]

Oleh AFP

The Hague: Kesatuan Eropah (EU) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 satu dos Johnson & Johnson (J&J), pada Khamis.

Ia adalah vaksin keempat yang diberi kelulusan untuk digunakan di 27 negara di dalam kesatuan itu.

J&J said berkata, ia akan memulakan penghantaran kepada negara berkenaan mulai pertengahan April dan akan membekalkan 200 juta dos kepada EU, Norway dan Iceland pada 2021.

Suruhanjaya EU memberi kelulusan rasmi itu selepas menerima syor daripada Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA).

EU sudah menandatangani pembekalan 200 juta dos vaksin itu dengan pilihan untuk tambahan 200 juta dos lagi vaksin.

Vaksin (J&J) hanya memerlukan satu suntikan berbanding dua suntikan dan ia lebih mudah untuk disimpan.

Setakat ini, EU sudah meluluskan penggunaan tiga vaksin lain iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna dan AstraZeneca-Oxford.

Tiga lagi vaksin yang sedang dinilai untuk kelulusan adalah oleh EMA yang berpangkalan di Amsterdam adalah Novavax, CureVac dan Sputnik buatan Rusia.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 12, 2021 @ 8:31am
    d