mutakhir

Mantai Asnaf ganti Mantai Perdana Aidilfitri

Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Acara Mantai Perdana yang diadakan setiap kali menjelang Aidilfitri di Negeri Sembilan sehingga menarik perhatian puluhan ribu orang, tidak akan diadakan pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah itu sebagai usaha mengelak penularan wabak pandemik Covid-19.

Beliau berkata, sebagai ganti, kerajaan negeri akan menganjurkan Mantai Asnaf Aidilfitri 2021 dengan daging ternakan akan diagihkan secara terus kepada penerima yang layak.

"Tiada jualan mantai perdana dilakukan menjelang Aidilfitri berikutan pandemik Covid-19, bagaimanapun penjualan daging secara individu masih lagi diteruskan mengikut keperluan.

"Jualan secara berpusat tidak dibenarkan bagi mengelakkan kawasan itu jadi tumpuan.

"Kita (kerajaan negeri) hanya akan memberi sumbangan daging dan tulang kepada keluarga asnaf serta mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 21, 2021 @ 4:41pm
    d