utama

Lebih 9,000 kes Covid-19 [METROTV]

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di Malaysia meningkat lagi apabila 9,020 kes dilaporkan hari ini, dengan 558,534 kes jumlah keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu adalah rekod tertinggi setakat ini.

Selangor merekodkan angka tertinggi dengan 2,836 kes diikuti Kelantan(907) dan Negeri Sembilan (898).

Selain itu, Kuala Lumpur melaporkan 789 kes baharu, Sarawak (726), Johor (468), Kedah (468), Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), Putrajaya (29) dan Perlis (19).

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 29, 2021 @ 3:33pm
    d