mutakhir

100,000 kit ujian kendiri Covid-19 akan diagih - TMJ

Oleh BERNAMA

Johor Bahru: Johor sudah menerima sebanyak 100,000 kit ujian kendiri antigen Covid-19 yang akan diagihkan ke seluruh negeri.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi baginda semalam bertitah, kit ujian kendiri itu dapat meningkatkan kapasiti saringan supaya pengesanan jangkitan Covid-19 lebih efektif dapat dijalankan sekali gus mengesan kes positif.

"Kita perlu meningkatkan lagi 'Test, Trace and Vaccinate' jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin," titah baginda.

Tunku Ismail bertitah, kit ujian kendiri itu juga akan membantu dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 selain mengenal pasti lokasi hotspot.

Disiarkan pada: July 27, 2021 @ 12:12pm
d