mutakhir

PDPD di dua lokaliti ditamatkan, tiada PKPD baharu

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti iaitu di Sabah dan Pahang ditamatkan, esok.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD kedua-dua lokaliti itu ditamatkan mengikut jadual selepas dilaksanakan pada 25 September lalu.

"Selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti berkenaan.

"Lokaliti terbabit ialah Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Tenom, Cameron Highlands, Pahang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengumumkan tiada PKPD dan lanjutan tempoh PKPD dilaksanakan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 7, 2021 @ 8:53pm
    d