AYERRU di hadapan Hotel Vouk Suites.
AYERRU di hadapan Hotel Vouk Suites.
Zuhainy Zulkiffli

HOTEL Vouk Suites boleh dianggap sebagai hotel yang sempurna bagi melengkapkan hari di Pulau Pinang berikutan kedudukannya strategik di tengah kesesakan bandar raya.

Kemudahan gaya hidup dan keindahan pemandangannya mampu memberi pengalaman kepada pelanggan sama ada untuk urusan kerja atau percutian.

Pengurus Besarnya, Charles Ayerru berkata, terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, hotel berkenaan menawarkan sebanyak 231 bilik tamu kontemporari.

Direka dengan pemandangan sosial dan keselesaan, setiap bilik mempunyai tarikan dan hiburan.

“Tetamu boleh menikmati sambungan Internet berkelajuan tinggi secara percuma dan televisyen LED dengan saluran satelit sepanjang penginapan.

“Juga ada bilik mesyuarat di sini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan,” katanya ketika ditemui di Georgetown, baru-baru ini.

BILIK mesyuarat yang luas lengkap dengan fasiliti.
BILIK mesyuarat yang luas lengkap dengan fasiliti.

Mengulas lanjut, Ayerru berkata, paling istimewa di hotel berkenaan ialah hidangan bufet makan malamnya yang berbeza setiap hari.

Misalnya pada setiap Jumaat dan Sabtu, restorannya, C’est So Bon akan menghidangkan menu masakan dari negara Asean dengan harga antara RM28 bagi kanak-kanak, RM48 dewasa dan RM38 warga emas.

“Konsep masakan itu dipromosikan selama tiga bulan bermula Januari hingga Mac ini saja dan selepas itu, kami akan memperkenalkan menu lain pula.

“Pelbagai menu masakan tempatan juga dihidangkan pada waktu tengah hari pada RM19.90 seorang,” katanya.

BILIK super deluxe.
BILIK super deluxe.

Hotel terbabit juga sudah menerima tempahan bagi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi dan Hari Kekasih pada Februari depan.

Hanya berjalan kaki selama 10 minit, tetamu boleh menikmati pemandangan laut di Persiaran Gurney dan merakamkan gambar keindahan ketika senja.

Malah, beberapa pusat beli-belah terkemuka dan hospital juga terletak berhampiran hotel terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 6:05 AM
Digital NSTP Subscribe