MARDIANA kini bergelar jurulatih penerbangan.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

TUGAS sebagai jurulatih penerbangan menuntut wanita ini sentiasa sibuk namun ia tidak sesekali dijadikan alasan untuk mengetepikan masa berharga bersama tiga anaknya.

Walau sesibuk mana pun dirinya, bekas juruterbang pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mardiana Razali akan memastikan setiap hujung minggu diluangkan untuk memasak masakan kegemaran anak-anaknya.

Biarpun hanya hidangan ringkas, baginya ia sudah memadai untuk menikmati keindahan dan keseronokan berkumpul dan meluangkan masa bersama dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya masing- masing berusia 11, lapan dan enam tahun.

Menjadi seorang ibu harus rajin, tidak kisah sama ada anda bekerja mahupun suri rumah. Apatah lagi memegang status ibu tunggal, tanggungjawab berganda yang harus dipikul membuatkan dirinya sentiasa kuat dan bersemangat untuk melihat kegembiraan anak-anak.

“Sebagai ibu tunggal, saya perlu pandai membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga. Biasanya, hujung minggu memang dihabiskan bersama keluarga. Anak pula memahami kerjaya saya sebagai juruterbang dan jurulatih.

“Sebab itu, bagaimana sibuk sekalipun saya bekerja membabitkan latihan penerbangan pelajar dan sebagainya, saya akan pastikan dapat memasak serta hidangkan makanan di atas meja untuk keluarga pada hujung minggu,” katanya yang mengakui cukup bertuah kerana masih punya ibu bapa yang sudi membantu menguruskan anak sepanjang sepanjang ketiadaannya.

Sebelum bergelar jurulatih penerbangan di Layang-Layang Flying Academy, Mardiana terlebih dulu menggalas jawatan sebagai pegawai tentera berpangkat mejar TUDM dengan menyandang tugas sama dengan pengalaman hampir 20 tahun.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran kempen terbaru MAGGI Cukup Rasa dinamakan Tak Kenal, Tak Cinta bertujuan mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu golongan ini belajar dan berkembang maju.

Anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini juga antara empat penerima Anugerah Everyday Women Being Extraordinary oleh MAGGI bagi menghargai sumbangan wanita berani dan memberi inspirasi dalam menangani dan mengatasi cabaran dalam kehidupan.

Dalam pada itu, Mardiana juga akui menggunakan MAGGI Cukup Rasa sebagai penambah rasa untuk melazatkan setiap hidangan dan digemari seluruh ahli keluarga.

MAGGI Cukup Rasa yang diperbuat daripada bawang segar dan rempah ratus adalah penambah perasa semua dalam satu yang boleh digunakan untuk segala jenis masakan seperti perapan, tumisan, menggoreng, memanggang dan juga membuat sup.

Ia memudahkan isteri dan ibu yang mempunyai pelbagai tugas menguruskan keluarga selain dapat menyediakan makanan lazat lagi berkhasiat untuk suami serta anak-anak.

Untuk lebih banyak resipi, layari www.maggi.com.my atau Facebook MAGGI Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 5:00 AM