SESI solekan menggunakan produk Cezanne.
Siti Zarinah Sahib


SOLEKAN semula jadi tanpa menggunakan palet warna terang namun masih menampakkan kesan solekan sudah semestinya menjadi idaman wanita.

Cezanne rangkaian jenama dari Jepun memperkenalkan koleksi alat solek yang memberi tumpuan kepada rutin solekan setiap hari bagi mengekalkan kecantikan asli.

Produk yang dibawakan Beauty and Bloom by Watsons ini diperkenalkan pada majlis perasmian yang diadakan di Petaling Jaya dengan dihadiri media dan juga pengguna.

Menurut Pengarah Eksekutif Teeni Enterprise PTE LTD, Tay Ruhong Ron, jenama itu memenuhi keinginan wanita yang ingin tampil segar seakan tidak bermekap dengan menyediakan warna semula jadi serta mesra untuk semua jenis kulit. Pemakaiannya tidak meninggalkan sebarang kesan negatif.

Hadir dengan koleksi pemerah pipi, gincu, pembayang mata, bedak asas dan celak melengkapi keperluan solekan harian setiap wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 5:50 AM