Siti Zarinah Sahib


KEBIASAANNYA pesakit kanser yang sedang menerima rawatan dinasihatkan berehat dan mengelak melakukan aktiviti fizikal. Namun sebenarnya terlalu banyak berehat akan menyebabkan badan letih dan kurang bermaya.

Pada asasnya pesakit kanser pada tahap awal boleh melakukan senaman ringan kerana pergerakan otot badan dapat mengurangkan kesan sampingan selepas rawatan seperti keletihan melampau, murung, kekurangan kecergasan fizikal dan fungsi mental.

Selain itu senaman dapat melancarkan peredaran darah ke jantung seterusnya memberikan kesihatan kepada organ dalaman anda.

Menurut jurulatih kecergasan Bangi Fitness Nor Haizum Mohamed, walaupun senaman untuk pesakit kanser dibenarkan, sebelum melakukan sebarang pergerakan pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Ini bagi memastikan pergerakan dibuat tidak meninggalkan kesan negatif kepada pesakit.

“Bincangkan dengan doktor senaman yang anda ingin lakukan, pergerakan yang perlu dielakkan dan dihadkan. Bincangkan juga ubat-ubatan yang mungkin boleh menjejaskan keupayaan anda untuk bersenam.

Siti Sarah edar minuman kepada petugas media di Istana Negara. FOTO Murnaena Muhammad Nasir
Siti Sarah edar minuman kepada petugas media di Istana Negara. FOTO Murnaena Muhammad Nasir

“Selain itu, nyatakan keadaan kesihatan seperti asma atau osteoporosis dan bagaimana ia boleh mempengaruhi keupayaan anda untuk bersenam,” katanya.

Sebelum bersenam pesakit dinasihatkan melakukan pemanasan badan terlebih dulu kemudian lakukan pergerakan ringan serta tidak memaksa. Sebaik-baiknya berehat selepas 10 minit kemudian sambung semula. Sekiranya terasa pening atau hampir pitam, berhenti melakukannya.

Ada beberapa panduan yang boleh diikuti bagi pesakit kanser sebelum mula bersenam antaranya:

1. Lakukan pemanasan badan

Sebelum melakukan apa-apa jenis senaman, pastikan anda memanaskan badan dengan berjalan selama lima hingga 10 minit atau mandi untuk memanaskan otot. Program fleksibiliti lengkap meregangkan semua kumpulan otot utama perlu menjadi sebahagian daripada pemanasan badan.

2. Lakukan perlahan-lahan dan tenang

Jangan memaksa tubuh sebaliknya lakukan perlahan-lahan tanpa tekanan. Pastikan anda dalam keadaan gembira dan tenang kerana ia akan mempengaruhi emosi pada masa akan datang.

3. Maklumkan kepada jurulatih

Jika anda mengikuti kelas senaman maklumkan kepada jurulatih anda adalah pesakit kanser. Minta pengubahsuaian untuk sebarang pergerakan yang tidak boleh dilakukan. Buat perkara yang sama jika anda bersenam dengan jurulatih peribadi yang disahkan. Pastikan dia tahu anda sedang menerima rawatan supaya senaman dapat diubahsuai mengikut keperluan.

Elakkan bersenam jika:

1. Anda mempunyai masalah kekurangan darah dan fungsi imun yang rendah.

2. Mengalami keletihan yang teruk.

3. Sedang menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi.

4. Elakkan senaman tinggi intensiti sekiranya anda tidak sihat.

APMM) mengusir bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di kedudukan 20.8 batu nautika barat laut Pulau Jarak, Lumut. FOTO ihsan APMM
APMM) mengusir bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di kedudukan 20.8 batu nautika barat laut Pulau Jarak, Lumut. FOTO ihsan APMM

TURUTAN SENAMAN

1. BERDIRI tegak buka kaki mengikut keselesaan kemudian angkat kedua-dua tangan lurus ke hadapan.

2. TURUNKAN badan sedikit demi sedikit dengan kedua tangan masih di hadapan. Bernafas seperti biasa.

Kemudian naik dan turun lakukan sebanyak 10 kali.

3. DALAM posisi meniarap letakkan kedua-dua tangan di sisi.

4. ANGKAT kepala luruskan tangan.

Perlahan-lahan turunkan badan dan lakukan dalam lapan ke 10 set.

5. DALAM keadaan berbaring letakkan kedua-dua tangan di sisi.

6. ANGKAT kaki kanan dan diselangselikan kaki kiri. Lakukan secara berulang-ulang.

7. DALAM keadaan berbaring bengkokkan kedua kaki. Tangan berada di sisi.

8. ANGKAT kepala mengikut kemampuan. Kemudian turunkan lakukan dalam 10 set.

Khalid berkongsi perkembangan berkaitan penahanan bekas setiausaha politiknya. FOTO Twitter Khalid Samad
Khalid berkongsi perkembangan berkaitan penahanan bekas setiausaha politiknya. FOTO Twitter Khalid Samad

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 6:00 AM