MASITAH MOHD NOOR
Siti Zarinah Sahib


CECAIR penanggal solekan adalah produk wajib bagi membersihkan solekan. Memang ada yang menggunakan minyak bayi, tetapi ia tidak membersihkan secara mendalam dan akibatnya kulit ditumbuhi jerawat kecil seperti ruam.

Menurut Pengasas Magic Remover Masitah Mohd Noor, kulit wanita kerap terdedah pelbagai jenis kotoran tidak kira secara langsung daripada bahan solekan, air, udara atau sentuhan.

“Penanggal solekan penting untuk membersihkan kotoran secara lebih efektif. Jika kotoran ini terus ada dan menyumbat pori-pori, ia akan mencetuskan masalah lain seperti jerawat,” katanya.

Menurut Masitah, dia menghasilkan produk penanggal solekan dalam bentuk gel selepas mengalami masalah alahan menggunakan air micellar. Penanggal solekan minyak pula menyebabkan kulitnya berjerawat.

Katanya, wanita yang tidak bermekap pun masih perlu menggunakan penanggal solekan bagi membersihkan kotoran dan habuk yang melekat pada wajah.

Bagi yang bersolek pula penanggal solekan berfungsi sebagai pembersih bahan kosmetik seperti bedak, pelindung matahari, gincu, pembayang mata dan celak sehingga ke dalam, sekali gus mengelak risiko ditumbuhi jerawat dan bintik hitam akibat penyumbatan pori-pori.

“Gel ini mengandungi lemon, alga Jepun, minyak bunga matahari, minyak zaitun, vitamin C dan habatussauda,” katanya.

Untuk memakainya, letak gel pada jari yang kering tanpa perlu menambah air. Sapukan terus ke muka, mata dan bibir. Lap atau bilas dengan air.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 6:05 AM