Fairul Asmaini Mohd Pilus

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina tidak lama lagi pasti lebih bermakna jika dapat menggayakan koleksi istimewa daripada jenama barang kemas terkemuka, Habib.

Kali ini, Habib mengeluarkan koleksi menarik merangkumi set emas putih bertatahkan berlian, set batu zamrud, set batu delima dan juga set mutiara South Sea.

Rekaan terbaru itu pasti akan menawan hati wanita lebih-lebih lagi jika dihadiahkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Bagi pengumpul syiling emas, jangan ketinggalan untuk mendapatkan rekaan syiling emas 999 seberat 0.2 gram dengan pelbagai corak menarik.

KOLEKSI menarik jenama barang kemas terkemuka, Habib sempena Tahun Baharu Cina.

Ia boleh didapati dengan harga RM98 sahaja sempena promosi Tahun Baharu Cina Habib yang berlangsung sehingga 27 Januari ini.

Koleksi syiling emas itu juga sesuai dijadikan sebagai ‘angpau’ alternatif kepada ahli keluarga mahu pun teman tersayang.

KOLEKSI syiling emas yang boleh dijadikan sebagai ‘angpau’ untuk ahli keluarga dan teman tersayang.

Habib turut mengeluarkan jongkong emas seberat lima gram edisi terhad sempena kehadiran Tahun Tikus dan semua koleksi itu boleh didapati di cawangannya di seluruh Malaysia.

JONGKONG emas seberat lima gram edisi terhad sempena kehadiran Tahun Tikus.

Selain itu, dapatkan juga diskaun istimewa RM8 per gram bagi barang kemas dan juga hadiah misteri bagi setiap pembelian RM2,000 ke atas sempena promosi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 7:00 AM