X
Koleksi bersatu dengan bunyi jenama fesyen terkenal Jerman bermain rona gelap, terang
Koleksi bersatu dengan bunyi jenama fesyen terkenal Jerman bermain rona gelap, terang
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


MUSIM bunga atau panas kali ini menyaksikan jenama terkenal MCM menampilkan koleksi yang ‘bersatu’ dengan bunyi.

Menurut Pegawai Kreatif Globalnya, Dirk Schoenberger, koleksi pertama beliau jelas menghormati elemen itu yang menyaksikan kelahiran jenama berkenaan di Munich pada 1976 sehingga penciptaan semula di Berlin, hari ini.

Schoenberger mensintesiskan koleksi yang sarat dengan gaya, penampilan, tekstur, perasaan dan sikap zaman kegemilangan disko Munich dengan kelab tekno kontemporari Berlin.

KOLEKSI aksesori menarik.
KOLEKSI aksesori menarik.

Koleksi terbaru itu menampilkan pelbagai rekaan beg, beg sandang, jaket kulit, jeans saiz besar, seluar sukan, kacamata, seluar tuksedo, jaket bulu, beg syiling, baju panas, kasut dan aksesori pelengkap gaya.

Direka dengan keseimbangan dan kehalusan, koleksi yang dihasilkan membangkitkan kemodenan selain bukan hanya sekadar nostalgia.

Disko dan tekno bertindak sebagai sentuhan budaya untuk koleksi jenama itu selain turut menggabungkan unsur ekspresi diri dengan pemberontakan yang bergaya.

Sesuai dengan tema utamanya, rekaan koleksi berkenaan juga dilatari warna gelap dan rona terang ala disko.

RONA terang ala disko melatari koleksi terbaru kali ini.
RONA terang ala disko melatari koleksi terbaru kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 6:00 AM
Digital NSTP Subscribe