SERLAH gaya semulajadi. FOTO Syakirah Azhar
SERLAH gaya semulajadi. FOTO Syakirah Azhar
Intan Mas Ayu Shahimi

MEMILIKI kulit wajah yang sihat dan bersih umpama satu bonus buat wanita. Begitupun, penjagaannya bukan semudah bahagian tubuh yang lain.

Memandangkan wajah kerap terdedah kepada sinar matahari dan pencemaran, ramai wanita lebih senang mengambil langkah penjagaan awal bersesuaian.

Antaranya mencuci muka dua kali sehari, mengenakan pelembap dan krim pelindung sinar ultra ungu serta mengamalkan rutin menyental wajah menggunakan skrub.

Bagi yang gemar bersolek, kerja menata rias wajah pasti jadi lebih mudah dan ringkas. Mereka tidak perlu meratakan bedak asas atau penyamar noda.

Memadai dengan mengenakan sapuan pelembap dan sedikit primer, kemudian oles pemerah pipi serta kunci solekan mengenakan bedak tabur.

Menurut juru mekap artis El Manda Zulhairy(@mandalicious_official), wanita dengan kulit bersih lazimnya tidak memerlukan solekan tebal.

PASTIKAN wajah disapu pelembap dan primer sebelum mengenakan pemerah pipi. FOTO Syakirah Azhar
PASTIKAN wajah disapu pelembap dan primer sebelum mengenakan pemerah pipi. FOTO Syakirah Azhar

OLES bedak asa dan lebihkan sedikit di bahagian bawah mata. FOTO Syakirah Azhar
OLES bedak asa dan lebihkan sedikit di bahagian bawah mata. FOTO Syakirah Azhar

“Cukup sekadar mengenakan mekap asas untuk menampakkan wajah lebih kemas dan berseri. Kalau hendak menghadiri majlis tertentu, serlahkan solekan bahagian mata dan bibir.

“Dandan rambut berupaya seiring dengan solekan dan pilih busana ringkas, bersesuaian tema majlis yang hendak dihadiri,” katanya.

BERI kelainan pada bahagian mata dengan sapuan penggaris rona biru gelap bersama sedikit pembayang jenis krim berkilat. FOTO Syakirah Azhar
BERI kelainan pada bahagian mata dengan sapuan penggaris rona biru gelap bersama sedikit pembayang jenis krim berkilat. FOTO Syakirah Azhar

 PILIH pengilat bibir rona merah bata. FOTO Syakirah Azhar
PILIH pengilat bibir rona merah bata. FOTO Syakirah Azhar

Untuk solekan kali ini, El Manda memilih gaya urban ringkas dengan penekanan bahagian kelopak mata. Meninggalkan solekan sarat dengan pelbagai adunan warna, wanita ini memilih penggaris mata biru gelap bersama sedikit pembayang jenis krim berkilat.

SOLEKAN urban ringkas. FOTO Syakirah Azhar
SOLEKAN urban ringkas. FOTO Syakirah Azhar

“Solekan urban menonjolkan gaya lebih ringkas dan semula jadi. Tidak perlu gincu rona terang, bulu mata palsu atau sapuan pembayang wajah.

“Lebih penting adalah pemilihan warna. Pastikan ia tidak keterlaluan dan sepadan dengan kulit wajah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 7:01 AM
Kabinet Malaysia 2020