SOLEKAN yang sesuai menjadikan penampilan lebih menyerlah. FOTO Rohanis Shukri
SOLEKAN yang sesuai menjadikan penampilan lebih menyerlah. FOTO Rohanis Shukri
Fairul Asmaini Mohd Pilus


JIKA ditanya perbezaan antara solekan siang dan malam, sudah pasti jawapannya terarah kepada pemilihan warna lebih terang serta lebih tebal berbanding biasa.

Menurut jurusolek berpengalaman, Aidawati Abdul Hamid, untuk solekan malam mahu pun siang, pemilihan bedak asas adalah penting dan biasanya tona yang digunakan lebih cerah daripada warna kulit.

1. WAJAH sebelum solekan.
1. WAJAH sebelum solekan.

Katanya, pilih warna yang lebih terang untuk memberikan kesan lebih dramatik dan memberikan kesegaran.

“Solekan untuk acara pada sebelah malam juga biasanya memberi tumpuan kepada bahagian mata.

2. PILIH bedak asas yang sesuai dengan rona kulit.
2. PILIH bedak asas yang sesuai dengan rona kulit.

3. BENTUK kening supaya lebih kemas.
3. BENTUK kening supaya lebih kemas.

4&5. PEMBAYANG mata disesuaikan dengan pakaian.
4&5. PEMBAYANG mata disesuaikan dengan pakaian.

“Selain itu, tambahan sedikit kilauan, bulu mata palsu dan penggunaan penggaris mata jenis cecair turut menyerlahkan lagi solekan,” katanya.

Aidawati berkata, bagi menambahkan lagi seri solekan, boleh juga disapukan sedikit pemerah pipi jenis berkilau.

“Pemakaian pemerah pipi jenis berkilau akan menyerlahkan lagi gaya glam dan elegan seseorang wanita.

6. MASKARA untuk menyerlahkan solekan mata.
6. MASKARA untuk menyerlahkan solekan mata.

7. PEMERAH pipi jenis berkilau untuk menyerlahkan lagi gaya glam.
7. PEMERAH pipi jenis berkilau untuk menyerlahkan lagi gaya glam.

8. PILIH rona gincu dan pengilat bibir yang sesuai dengan solekan.
8. PILIH rona gincu dan pengilat bibir yang sesuai dengan solekan.

9. KEMASKAN solekan terakhir.
9. KEMASKAN solekan terakhir.

“Berbanding solekan siang, solekan malam biasanya lebih lama kerana pemakaian bulu mata palsu misalnya akan mengambil masa.

“Namun, apa juga solekan yang dicuba, ia haruslah tidak menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia,” katanya.

Bagi yang mahu menghadiri acara pada malam hari, berikut adalah langkah demi langkah yang dikongsikan Aidawati untuk dicuba.

10. SOLEKAN menarik untuk acara malam hari.
10. SOLEKAN menarik untuk acara malam hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 7:01 AM
Kabinet Malaysia 2020