DAGING dendeng sedia untuk dihidangkan. FOTO Ihsan Mohd Faisal Muahaiyidin
DAGING dendeng sedia untuk dihidangkan. FOTO Ihsan Mohd Faisal Muahaiyidin
Muhamaad Razis Ismail

BERPUASA sambil bekerja di rumah ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini tentunya kebanyakan daripada kita mungkin mempunyai banyak masa terluang.

Pelbagai perkara boleh dilakukan termasuk belajar atau mempertingkatkan kemahiran memasak dengan mencuba resipi baru.

Untuk kali ini, guru, Mohd Faisal Muahaiyidin berkongsi resipi mudah menghasilkan daging dendeng.

Resipi ini dikatakan berasal dari Indonesia yang diperkenalkan orang Minangkabau.

Antara keunikan masakan ini ialah tahan lama kerana tidak menggunakan santan selain dimasak sehingga kering.

Mohd Faisal berkata, biasanya resipi ini adalah menu wajib keluarganya untuk dinikmati di pagi raya bersama nasi impit.

1. BAHAN-bahan.
1. BAHAN-bahan.

Bagaimanapun, pada musim PKPB, dia turut menyediakan hidangan ini untuk berbuka puasa.

"Sebenarnya pada hari biasa pun hidangan ini sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Ia bukan saja tahan lama dan tidak mudah basi," katanya.

Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sentul, Kuala Lumpur ini berkata, untuk menyediakan hidangan berkenaan sangat mudah kerana penggunaan bahan yang tidak banyak.

"Orang yang tidak pandai memasak pun boleh mencuba kerana ia sangat mudah sama ada disediakan untuk berbuka puasa, bersahur atau dijadikan hidangan di pagi raya nanti," katanya.

2. REBUSKAN daging bersama jintan manis dan putih.
2. REBUSKAN daging bersama jintan manis dan putih.

3. HIRIS daging yang siap direbus.
3. HIRIS daging yang siap direbus.

1. Bahan rebusan

Satu kilogram (kg) daging

Satu sudu besar jintan manis (ditumbuk)

Satu sudu besar jintan putih (ditumbuk)

2. Bahan perapan

1/2 botol kicap manis (320ml)

3. Bahan kisar

Empat biji bawang merah (besar)

10 biji bawang putih

Enam batang serai

Satu inci halia

Cili kering kisar

Minyak masak untuk menumis

3. HIRIS daging yang siap direbus.
3. HIRIS daging yang siap direbus.

4. TUMBUK daging dalam lesung.
4. TUMBUK daging dalam lesung.

5. PERAP daging bersama kicap selama satu jam.
5. PERAP daging bersama kicap selama satu jam.

4. Cara penyediaan

a.Rebuskan daging bersama jintan manis dan jintan putih yang ditumbuk sehingga empuk.

b.Selepas empuk, hiriskan daging dalam kepingan yang besar dan lebar.

c.Kemudian daging itu perlu ditumbuk sedikit dalam lesung untuk mendapatkan tekstur daging yang leper.

d.Seterusnya perapkan daging yang ditumbuk tadi bersama kicap selama satu jam.

e.Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga garing dan masukkan daging yang diperap tadi dalam tumisan itu.

f.Masak sehingga kuahnya kering sedikit menggunakan api dapur yang kecil.

g.Daging dendeng sedia untuk dihidangkan.

6 TUMISKAN semua bahan yang dikisar sehingga garing.
6 TUMISKAN semua bahan yang dikisar sehingga garing.

7. MASUKKAN daging yang diperap.
7. MASUKKAN daging yang diperap.

8. MASAK sehingga kuahnya kering.
8. MASAK sehingga kuahnya kering.

10. SESUAI dinikmati bersama nasi impit. FOTO Ihsan Mohd Faisal Muahaiyidin
10. SESUAI dinikmati bersama nasi impit. FOTO Ihsan Mohd Faisal Muahaiyidin

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2020 @ 6:30 AM