ILUSTRASI Beserk Mode yang menjadi pilihan ramai.
ILUSTRASI Beserk Mode yang menjadi pilihan ramai.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

JENAMA peruncit pakaian global, UNIQLO memperkenalkan koleksi menarik, Evangelion bagi memenuhi cita rasa penggemar baju T grafik (UT) di negara ini.

Baju T grafik UT jenama berkenaan sememangnya popular kerana ia menawarkan pelbagai grafik budaya pop dan seni asli dari seluruh dunia, sekali gus menyerlahkan imej tersendiri pemakainya.

Kali ini, koleksi berkenaan menampilkan 'tribute' kepada Evangelion: 3.0 + 1.0 iaitu sebuah filem animasi sains fiksyen popular Jepun keempat dan yang terakhir dalam siri Rebuild of Evangelion.

Apa yang menariknya mengenai koleksi baju T berkenaan, ia hadir dengan ilustrasi visual khas yang direka eksklusif untuk UNIQLO.

Sentuhan dan rekaan menarik yang ditampilkan mampu menawan hati penggemar siri berkenaan antaranya 'pose' Evangelion Unit-00, Unit-01 dan Unit-02.

Selain itu, koleksi baju T terbabit turut menampilkan Kaworu Nagisa, iaitu watak popular dalam kalangan peminat wanita serta ilustrasi Beserk Mode.

ANTARA rekaan untuk lelaki.
ANTARA rekaan untuk lelaki.

REKAAN ringkas untuk peminat wanita siri berkenaan.
REKAAN ringkas untuk peminat wanita siri berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 7:00 AM