X
REKAAN dan koleksi barangan kemas jenama Chantique
REKAAN dan koleksi barangan kemas jenama Chantique
Fairul Asmaini Mohd Pilus

CANTIK dan antik. Dua perkataan yang sesuai untuk menggambarkan rekaan dan koleksi barangan kemas jenama Chantique di bawah naungan Kumpulan Habib.

Idea daripada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib sendiri, Datuk Sri Meer Habib untuk membuka kedai emas itu tercetus apabila mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemar barangan kemas lama dan antik.

Ia direalisasikan dengan sebuah kedai di Ampang Point, Ampang, Selangor yang kini menjadi tumpuan pengumpul koleksi barangan kemas antik dan 'preloved'.

Koleksi klasik itu bukan hanya sesuai digayakan wanita berusia, tetapi juga generasi muda.

Antaranya, rekaan yang dahulunya popular kini mempunyai nilai sentimental tersendiri kepada si pemakainya seperti cincin buah kana dan anting-anting penyapu.

Ia sesuai dijadikan harta warisan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya.

RANTAI leher daripada Chantique yang juga sesuai digayakan wanita muda.
RANTAI leher daripada Chantique yang juga sesuai digayakan wanita muda.

CINCIN dengan batuan permata.
CINCIN dengan batuan permata.

Tambahan pula, proses pembuatan barangan kemas jenama itu menggunakan mesin yang tidak lagi digunakan dalam pembuatan barangan kemas moden.

Ia menjadikan setiap rekaan adalah eksklusif dan tidak didapati di kedai barangan kemas lain.

Lebih istimewa, harga yang ditawarkan juga lebih rendah daripada harga pasaran emas namun masih mementingkan kualiti.

Selain itu, terdapat beberapa koleksi yang pernah dimiliki dan digayakan kerabat diraja dan orang kenamaan.

Pelanggan bagaimanapun tidak perlu khuatir kerana setiap barangan kemas jenama itu dijaga rapi dan dijamin keaslian dan ketulenannya.

Jadi, ingin memiliki perhiasan yang pernah menjadi milik figura terkenal atau untuk dihadiahkan kepada yang tersayang, berkujung segera ke Chantique kerana pelbagai koleksi ditawarkan termasuk koleksi barangan kemas berlian dan batu permata.

RANTAI tangan dengan ukiran klasik.
RANTAI tangan dengan ukiran klasik.

GELANG tangan menarik.
GELANG tangan menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 6:30 AM