X
PELBAGAI rekaan barangan kemas dan batu permata untuk semua lapisan umur boleh didapati di Habib.
PELBAGAI rekaan barangan kemas dan batu permata untuk semua lapisan umur boleh didapati di Habib.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai penggemar barangan kemas khususnya wanita tertarik dengan aksesori bertatahkan batu permata pelbagai warna untuk melengkapkan penampilan mereka.

Peningkatan permintaan itu turut mendorong jenama barangan kemas tempatan yang sudah 62 tahun bertapak dalam industri,

Habib, untuk memberikanlebih pendedahan dan informasi mengenainya.

Ia menerusi penganjuran Festival Batu Permata yang diadakan di semua bilik pameran sepanjang Oktober ini.

Sempena festival berkenaan, pelbagai koleksi batu permata dipamerkan dengan rekaan terbaharu dengan harga yang mampu dimiliki.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, batu permata mempunyai kecantikan kilauan yang tersendiri bergantung kepada warna dan kejernihannya.

"Di Habib, batu permata seperti zamrud, delima, nilam pelbagai warna, tsavorite, topaz, garnet, citrine, onyx hitam, moonstone berwarna putih mahu pun tourmaline boleh dimiliki dengan harga yang mampu milik.

"Selain dari kecantikan batu permata ini, permata ini mempunyai cerita yang menarik dan informasi yang mungkin belum diketahui ramai," katanya.

Menurut Meer, ramai yang tidak tahu sebenarnya batu permata adalah mampu dimiliki dan tanggapan bahawa ia hanya boleh dibeli oleh golongan berada adalah tidak benar sama sekali.

Kata Meer, berlian misalnya adalah batu permata yang turut digelar batu berwarna dan ia dinilai berdasarkan karat, kejelasan dan potongan.

Malah menurutnya, koleksi batu permata yang terdapat di Habib sememangnya sesuai untuk semua lapisan umur dengan rangkaian koleksi batu berwarna yang pelbagai dan†rekaan yang unik.

"Batuan permata seperti zamrud, delima mahu pun nilam mempunyai nilai yang hampir sama dengan berlian. Emas, batu permata bersijil boleh ditukar beli semula.

"Harga yang ditawarkan juga bermula dari harga mampu milik iaitu serendah kurang RM1, 000.

"Kami turut menerima barangan kemas permata selain emas dan berlian untuk tukar beli barangan kemas lama kepada baru dengan harga yang kompetitif, "katanya.

Dalam pada itu, tahukah anda, batuan permata berharga seperti nilam dan delima tidak terdapat dalam satu warna sahaja?

Walaupun batu nilam sinonim dengan warna biru, namun ramai yang tidak tahu bahawa ia juga boleh didapati dalam beberapa rona lain seperti merah jambu, putih dan kuning.

Bagi batu delima pula, selain merah gelap, ia turut hadir dengan pelbagai rona merah seperti merah coklat dan merah jambu.

"Bagi melihat batuan permata itu dengan lebih dekat, anda boleh mengunjungi bilik pameran kami yang berdekatan dan pengunjung berpeluang mereka sendiri barangan kemas menggunakan warna delima kegemaran masing-masing," kata Meer.

Tambah beliau lagi, batu permata bukan sahaja dapat menceriakan hari malah ia juga dipercayai boleh mempengaruhi mood seharian seseorang wanita.

Selain itu, ia turut dikaitkan dengan kitaran kelahiran dan kelahiran semula serta dipercayai mempunyai kuasa metafizik yang boleh mengubah mood.

"Sebagai contoh, batu kecubung (amethyst) dapat membantu mengurangkan tekanan, kegelisahan dan perubahan mood.

"Apapun, perhiasan batu permata tidak pernah gagal dalam melengkapkan penampilan untuk tampil lebih menawan dan bergaya, "katanya.

Menurut beliau lagi, berlian juga sentiasa menjadi pilihan utama pengantin namun dengan tambahan batu permata berwarna dapat menambah seri kepada ratu sehari.

Katanya, beberapa figura terkenal seperti mendiang Puteri Diana, Blake Lively dan Mariah Carey turut memilih untuk menggayakan cincin batu permata ketika perkahwinan mereka.

"Malaysia turut tidak ketinggalan dengan trend itu dan kami menerima banyak maklum balas daripada pelanggan berkenaan pemilihan batu permata untuk hari bahagia mereka memandangkan warna batu permata lebih menonjol berbanding berlian.

"Jadi, cincin yang menjadi pilihan, boleh direka khas mengikut kemampuan pelanggan," katanya.

Sementara itu, sepanjang festival berlangsung, pelanggan yang membeli barangan berlian dan permata bernilai RM8, 000 akan memperoleh seutas jam tangan Ice Watch dari koleksi Ice Steel.

Habib juga menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk barangan kemas batu permata berwarna dan berlian sehingga 31 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 7:00 AM