KELENGKAPAN teknologi terkini dan pensyarah berpengalaman membolehkan penuntut merasai dunia sebenar kerjaya bidang teknologi kardiovaskular.
Fazurawati Che Lah


PENYAKIT kardiovaskular menyumbang kepada pelbagai kesan negatif seperti mengurangkan kualiti hidup, menambah beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat serta mengurangkan produktiviti negara.

Menurut Kementerian Kesihatan pula, penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia bagi 2005 hingga 2017 membabitkan penyakit jantung.

Diagnosis untuk penyakit kardiovaskular memerlukan individu yang pakar dalam bidang berkenaan iaitu ahli teknologi kardiovaskular.

Ahli teknologi kardiovaskular ialah pakar yang berperanan membantu doktor menjalankan diagnosis yang betul terhadap keadaan jantung seseorang.

Mereka menjalankan pemeriksaan kardiovaskular dan prosedur terapeutik yang diperlukan untuk mendapatkan dan mengintegrasikan maklumat diagnostik serta input tepat untuk menyokong doktor.

Kebanyakan ahli teknologi kardiovaskular bekerja di hospital, tetapi mereka juga boleh bekerja di pejabat pakar perubatan, kemudahan pendidikan, pusat perubatan, makmal kardiovaskular atau unit diagnostik mudah alih.

Antara kerjaya berkaitan bagi graduan teknologi kardiovaskular adalah cardiac catheterization technologist, cardiac stress technologist, cardiology technologist, electrocardiograph (ECG) technologist, cardiopulmonary technologist dan vascular technologist.

Management and Science University (MSU) melengkapi keperluan modal insan berkemahiran tinggi dalam teknologi kardiovaskular dengan menawarkan program Bachelor in Cardiovascular Technology (Hons) pada peringkat ijazah sarjana muda bagi tempoh empat tahun melalui Faculty of Health and Life Sciences (FHLS).

selain menjadi program ijazah sarjana muda pertama dalam teknologi kardiovaskular yang ditawarkan di negara ini.

Sementara itu, MSU Medical Centre (MSUMC) turut menyediakan kemudahan untuk penuntut program berkenaan mendalami secara lebih dekat berkenaan teknologi terkini kardiovaskular.

Menggunakan modul pembelajaran terkini dengan penerapan elemen keusahawanan dan sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor-mentee, mahasiswa akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 9:42 AM