PROGRAM KUMON Matematik dan Bahasa Inggeris dapat latih anak lebih berdikari.
PROGRAM KUMON Matematik dan Bahasa Inggeris dapat latih anak lebih berdikari.
Muhamaad Razis Ismail


“ADA hadnya untuk seseorang mengajar, namun tiada had bagi seseorang itu untuk maju melalui pembelajaran kendiri.” Demikian kata-kata pengasas pusat pembelajaran lepas sekolah terkemuka di dunia, Toru Kumon.

Kata-kata itu memberi ilham untuk mewujudkan kemahiran pembelajaran kendiri yang menjadi praktis dan silibus di setiap pusat pembelajaran KUMON untuk membantu anak anda menjadi luar biasa, berkeyakinan dan berdikari.

Kita sedia maklum bahawa universiti dan dunia pekerjaan menekankan kalangan graduan supaya mempunyai pelbagai kemahiran.

Oleh itu, pembelajaran kendiri adalah kemahiran yang penting supaya kanak-kanak ini boleh berdikari dan maju tanpa mengharapkan bantuan guru ketika masuk alam dewasa.

Biarpun pembelajaran konvensional masih digunakan di sekolah, usaha mendapatkan jawapan atau menyelesaikan masalah sendiri dapat melatih pelajar lebih berdikari selain mampu meningkatkan daya pembelajaran.

Dengan menggalakkan anak anda membuat kerja sendiri, mereka akan memperoleh pemahaman yang lebih baik selain dapat mengenal pasti kekuatan dan memperbaiki kelemahan, sekali gus membiasakan diri dengan proses menilai diri sendiri.

DI KUMON anak dilatih dengan pembelajaran kendiri.
DI KUMON anak dilatih dengan pembelajaran kendiri.

Apabila kanak-kanak mula bertanggungjawab terhadap rutin pembelajaran dan mencipta kejayaan, ia secara tidak langsung membentuk keyakinan, motivasi dalam diri dan mereka semakin seronok belajar di sekolah.

Program KUMON Matematik dan Bahasa Inggeris adalah cara terbaik untuk mempersiapkan anak anda dengan kemahiran yang amat diperlukan demi membina masa depan yang cerah.

Segala kekurangan dalam asas pembelajaran dapat diatasi, malah mereka mampu memperoleh keputusan cemerlang di sekolah.

Kaedah pembelajaran kendiri ini menawarkan lebih daripada apa yang ditawarkan tuisyen tradisional.

Ia menyuburkan sikap berdikari anak dan membentuk kemahiran pembelajaran kendiri luar biasa untuk mencipta kecemerlangan di masa hadapan.

Jika ilmu adalah sejenis kuasa, pembelajaran kendiri adalah kuasa luar biasa anak anda! Jadi, mulakan langkah luar biasa anda dengan menyertai Kelas Percubaan *PERCUMA sekarang! Untuk ikut serta, daftarkan anak anda dalam Program KUMON sama ada Matematik atau Bahasa Inggeris sebelum 16 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, sila lawati www.kumonmalaysia.com atau hubungi 1800-88-1010.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 6:13 AM
Digital NSTP Subscribe