PnP

Gaya hidup lestari

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

SETIA, pemaju hartanah terkemuka di negara ini terus memberi fokus kepada prospek kediaman bertanah dengan membangunkan perbandaran terbaharunya, Setia Alamsari yang terletak di Kajang.

Setia Alamsari yang diinspirasikan daripada gaya hidup semula jadi dibangunkan di atas tanah seluas 775 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.3 bilion.

Perbandaran bersepadu dengan pegangan bebas ini menawarkan tiga jenis kediaman mewah iaitu Malkoha @ teres dua tingkat, Heron @ teres dua tingkat dan Verdale @ banglo.

Projek Malkoha dengan keluasan tanah 24 kaki persegi x 85 kaki persegi memfokus kepada gaya hidup moden serba ringkas dengan keunikannya di mana terdapat tiga bilik tidur di tingkat atas manakala satu bilik di lantai bawah dan disertakan dengan bilik air serta ruang tamu dan ruang makan yang bersambung.

Dengan keluasan binaan antara 2,141 dan 2,293 kaki persegi, ia dijual bermula dari RM798,000.

Mengekalkan pelan binaan dan keluasan tanah yang sama, Heron pula lebih bertumpu kepada gaya hidup lestari dengan lokasinya terletak berhampiran tasik sambil dikelilingi alam semula jadi.

Keluasan binaan pula antara 2,273 hingga 2,358 kaki persegi dan dijual dari RM888,000 seunit.

Sementara itu, koleksi banglo botanikal iaitu Verdale dibangunkan di atas tanah seluas 19.9 ekar khusus untuk mereka yang mengimpikan kediaman dikelilingi landskap indah dengan reka bentuk dalaman terbuka.

Taman mewah dipenuhi tanaman dan bunga-bungaan yang indah menjadikan setiap langkah bersama insan tersayang penuh bermakna.

Lebih istimewa apabila banglo ini dibangunkan secara eksklusif dengan dua unit setiap ekar.

Sejajar dengan konsepnya yang menawarkan gaya hidup semula jadi, Setia Alamsari mempunyai tiga taman yang direka khusus untuk memenuhi cita rasa penduduknya.

Perbandaran yang berkembang pesat ini memiliki tiga taman terbaik yang dicipta bagi mewujudkan tempat tinggal yang lebih tenang dikelilingi suasana alam semula jadi.

Canal Park, kawasan menarik seluas 11.3 ekar itu merangkumi pancuran air, rumah pokok dan trek jogging sepanjang 1.8 kilometer yang dikelilingi tasik sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga tercinta.

Manakala, The Lawn adalah taman dengan keluasan 7.7 ekar dibina dengan elemen lebih mencabar pula menyediakan beberapa aktiviti ekstrem untuk golongan muda yang meminati aktiviti sukan lasak.

Bagi pencinta alam pula, Waterfield adalah taman yang paling sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan tubuh, minda dan jiwa kerana ia diinspirasikan daripada kawasan hutan dengan bunyi kicauan burung.

Waterfield seluas 10.45 ekar itu menjadikan ia kawasan riadah terbaik bagi memupuk dan menggalakkan penduduk lebih dekat dengan alam semula jadi.

Terletak di tengah-tengah bandar Kajang yang pesat membangun, Setia Alamsari dihubungkan dengan lebuh raya utama antaranya Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Kajang Dispersal Link Expressway (Silk) dan North Klang Valley Expressway (NKVE).

Selain itu, ia juga terletak berhampiran padang golf, taman rekreasi, pusat perubatan awam dan swasta serta pusat beli-belah terkemuka.

Pembeli yang berminat boleh mengunjungi galeri jualan Setia Alamsari di Kajang atau hubungi talian 03-8736 2255.

Pertanyaan juga boleh dikemukakan melalui e-mel setiaalamsarisales@spsetia.com.

Disiarkan pada: September 27, 2019 @ 10:26am
d