PnP

Rujukan alam maya

Oleh Hafiz Ithnin

PENING juga kepala kalau memikirkan soal mencari kediaman sama ada membeli atau menyewa. Kadang-kala ada juga dalam kalangan kita yang merasakan pilihan dibuat tidak tepat jika sudah bersetuju memilikinya.

Mujur hari ini, segala-galanya hanya di hujung jari. Mungkin jarang juga kalau ditanya kepada generasi masa kini cara mereka mencari kediaman menerusi papan iklan. Pastinya Internet menjadi pilihan utama. Apatah lagi Malaysia antara negara tertinggi merekodkan penggunaan media sosial di dunia.

" Dengan PropertyGuru AreaInsider, saya mampu menerokai kawasan hartanah popular, lokasi berbeza dan melihat setiap kejiranan yang ditawarkan " - Devina

Jika ingin melihat komentar yang diberikan orang ramai mengenai sesuatu produk hartanah juga tidak sukar kerana jabatan netizen sentiasa memberikan kita peluang untuk menilai sendiri sesuatu perkara yang dimuat naik dalam dunia maya.

Melihat kepada situasi itu, kewujudan platform atas talian khas untuk industri hartanah terutamanya PropertyGuru, www.propertyguru.com.my bukan lagi asing dalam kalangan mereka yang ingin meninjau situasi industri berkenaan kerana ia adalah laman web hartanah terbesar Malaysia dengan memiliki 450,000 unit pilihan kediaman.

" Saya sudah membuat keputusan yang betul kerana yakin PropertyGuru mampu menjadi panduan yang baik mengenai situasi hartanah " - Darren

Bagi penulis sendiri yang pernah menggunakan laman web berkenaan untuk mencari rumah dibeli sememangnya amat membantu kerana terdapatnya ciri-ciri yang boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna.

Taip sahaja jenis kediaman yang diinginkan bersama kadar harga yang diinginkan pengguna di bahagian penetapan, sekejap sahaja senarai hartanah berserta kadar harga pilihan dipaparkan.

Jadi, tidak hairanlah apabila membaca kisah Asma Abdul Muhamin yang menjadikan PropertyGuru sebagai platformnya membeli rumah ketika zaman bujang dan bergelar ibu kepada seorang anak. Rupa-rupanya mudah sekali untuk mendapatkan jenis hartanah dan harga yang diinginkan hanya di hujung jari.

" Saya boleh membuat pencarian hartanah secara terperinci mengikut lokasi dengan adanya senarai hartanah yang luas di PropertyGuru " - Asma dan Syed

Tidak sekadar itu, memandangkan PropertyGuru sebuah pusat sehenti hartanah di alam maya yang dipercayai membantu pengguna melihat sendiri projek terkini dan pada masa hadapan yang ditawarkan pelbagai pemaju.

Kemudahan seperti itu juga sebenarnya penting bagi membantu kita membuat tabungan awal untuk membeli kediaman di sesuatu lokasi yang diinginkan bersandarkan projek semasanya.

" Kami jumpa pelbagai idea hiasan dalaman di dalam PropertyGuru dan sekarang, kami memiliki rumah yang cantik! " - Mike dan Felicia

Ciri-ciri seperti itu juga sebenarnya turut membantu golongan pelabur hartanah untuk meninjau segmen pelaburan terbaru mereka tidak kira unit kediaman mahupun komersial.

Bercakap mengenai pelabur hartanah, di laman web itu juga terdapat unjuran pulangan pelaburan (ROI) untuk menyewakan atau menjualkannya semula bersandarkan arus kini di sesuatu lokasi. Jadi lebih mudah untuk golongan pelabur berkira-kira mengenai ROI pada masa depan. Mudah bukan?

" PropertyGuru jujur dan tidak berat sebelah memberi ulasan mengenai sesuatu projek membantu saya mendapatkan kediaman yang diinginkan " - Aliff

Tambahan, untuk mereka yang gemar menghias kediaman baharu dibeli, di platform itu juga sebenarnya ibarat menjadi destinasi lubuk idea menghias kediaman kerana foto hiasan dalaman unit hartanah yang dimuatkan boleh memberi inspirasi kepada pengguna.

Jadi, tidak perlu lagi membuka laman web lain untuk mendapatkan pilihan harga, lokasi, projek dilancarkan, jenis kediaman, unjuran ROI dan juga menjadi nilai tambah idea dekorasi, yang hanya boleh diakses menerusi www.propertyguru.com.my.

" PropertyGuru mempunyai banyak panduan, sumber dan bahan yang membantu kami memilih pelaburan hartanah yang bersesuaian dengan kehendak dan ciri diinginkan " - Razif dan Gyn
Disiarkan pada: July 24, 2020 @ 7:00am
d