WM

Kari Ayam Hijau Goa

Oleh Siti Zarinah Sahib

TIDAK dapat lari daripada menghidangkan menu istimewa lebaran seperti rendang ayam atau daging, hari raya pastinya kurang sempurna dengan menu istimewa yang boleh diibaratkan kekal sepanjang zaman. Menariknya setiap masakan akan menghasilkan rasa berbeza mengikut air tangan negeri masing-masing.

Perak misalnya terkenal dengan rendang tok, Negeri Sembilan pula rendang hijau atau hitam manakala Kelantan dan Terengganu lebih menggemari gulai ayam yang dimakan bersama nasi dagang atau nasi putih.

Namun tidak salah sekiranya ingin menghidangkan tetamu masakan berbeza, tetapi masih berkonsep sama terutama resipi yang berasal dari luar negara.

Menurut Zulfa Zainal Abidin, tidak mahu menyediakan masakan yang sama setiap kali meraikan tetamu sepanjang Syawal, dia acap kali memikirkan resipi berbeza namun masih mengekalkan ramuan asal. India yang terkenal dengan masakan berasaskan rempah-ratus memiliki pelbagai menu bertemakan kari.

"Saya cuba mendapatkan resipi seakan-akan sama lidah Melayu dan menjumpai kari ayam hijau Goa iaitu masakan tradisi popular dari Goa, India. Masakan ini kaya dengan pelbagai rasa disebabkan penggunaan herba yang menampilkan aroma yang dominan," katanya.

Namun kekurangan hidangan ini apabila kurang menyengat kepedasannya. Oleh itu, Zulfa menambah cili padi bagi memberikan rasa pedas, manis dan masam.

Sempena Syawal, kari ayam hijau Goa sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Bagi mereka yang berdiet boleh mengambil capati sebagai makanan utama. Roti canai juga enak dimakan bersama kari ayam hijau ini.

BAHAN-BAHAN

- 1 ayam bersaiz sederhana (berat 1.2 - 1.5 kilogram) dipotong lapan atau 16, dibersih dan ditos.

BAHAN A

- 1 inci halia

- 5 ulas bawang putih

- 1 1/2 biji bawang besar

- Garam dan gula secukup rasa

- 6 sudu besar kelapa parut

- 8 biji cili padi hijau (boleh ubahsuai jumlahnya ikut cita rasa)

- 1 cawan daun pudina

- 3 cawan daun ketumbar

- 1/2 sudu kecil jintan putih

- 1/2 serbuk lada hitam

- 1/2 serbuk kunyit

BAHAN B

- 2 tangkai daun kari

- 1/2 biji bawang besar dipotong dadu

- 1 batang kulit kayu manis

- 5 biji buah pelaga

- Minyak untuk menumis

Disiarkan pada: June 12, 2019 @ 5:00am
d