WM

Pegaga bantu tingkat keanjalan kulit

Oleh Aida Adilah Mat

PEGAGA yang terkenal dijadikan ulam sebagai pembuka selera kini semakin mendapat perhatian dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Khasiat pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica yang mudah tumbuh ini memang tidak boleh dipertikaikan kerana sejak dahulu lagi ia menjadi antara sajian buat wanita dalam berpantang.

Tidak hairanlah jika jenama kecantikan terkenal, L’Oreal Paris turut memanfaatkan khasiat pegaga dalam produk terbarunya, Revitalift Crystal Micro-Essence yang diformulasi menggunakan teknologi mikro bagi membolehkannya menembusi sehingga 10 lapisan kulit, menggabungkan bahan aktif pegaga yang mencerahkan dan membaiki kulit.

Pengarah Pemasarannya untuk Bahagian Produk Pengguna, Marina Khong berkata, jenama itu mahu setiap wanita tampil penuh keyakinan dan selesa dengan dirinya sendiri serta mampu menampilkan kecantikan yang tersendiri.

“Apabila kita mula menjaga diri, kita secara tidak langsung akan berasa selesa dengan diri sendiri. Keselesaan ini yang bermula dari dalam diri akan membuatkan kita yakin. Namun tidak dinafikan antara cara terbaik untuk tampil yakin adalah dengan memiliki kulit yang sihat dan berseri.

“Saya yakin, jika anda mula menjaga diri dan wajah, anda pasti mengalami perubahan pada diri sendiri,” katanya.

Produk serba baharu ini diperkaya dengan 92 peratus ekstrak pegaga tulen, tumbuhan yang tumbuh di kawasan tanah lembap Asia.

Pegaga kaya dengan flavonoid, triterpenic steroid, asid amino dan gula, kombinasi yang menawarkan pelbagai manfaat kepada kulit untuk memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit.

Disiarkan pada: October 1, 2019 @ 6:10am
d