WM

Langkah lebih bergaya

Oleh Siti Zarinah Sahib

SAMA ada ingin menghadiri acara kasual, sukan atau malam kasut melengkapi hampir semua aktiviti harian anda. Untuk itu pemilihan kasut yang menepati konsep penggayaan akan menampakkan kecerdikan anda dalam berfesyen.

Terkenal dengan kasut mesra bajet, Bata yang menjadi pilihan seisi keluarga sejak berzaman, menerusi kempen koleksi terbaharu setiap Jumaat memperkenalkan himpunan sniker yang boleh dipadankan untuk pelbagai gaya.

Minimalist putih sesuai digayakan dengan denim atau slack untuk langkah lebih bertenaga. Untuk wanita yang gemarkan corak berbunga, Pretty tampil dengan cetakan floral tanpa mengira musim bagi membolehkan anda mengawal langkah sama ada dengan skirt atau gaun labuh.

Untuk gaya kewanitaan pilihan Soft & Sweet memberikan padanan sebenar untuk busana kegemaran wanita manakala The Chunky sesuai untuk mereka yang tampil aktif, namun mahu cantik sepenuhnya. Koleksi Bata setiap Jumaat boleh dimiliki di semua butiknya di seluruh negara. Harga ditawarkan bermula RM139 sehingga RM199.

Disiarkan pada: October 15, 2019 @ 4:40am
d