WM

Proses mudah sedia hidangan istimewa

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

MESKIPUN pelbagai menu boleh dihasilkan dengan daging ini, resipi kambing panggang bersama sos lada hitam tetap menjadi kegemaran ramai.

Ia boleh dianggap hidangan klasik yang disediakan bukan saja untuk acara istimewa bahkan idea hebat apabila anda mahu menyediakan satu hidangan lengkap tanpa proses merumitkan.

Kambing panggang boleh dianggap sebagai menu istimewa masyarakat di Malaysia yang digemari ramai tanpa mengira bangsa. Ia juga antara hidangan yang sering disediakan di restoran mewah.

Menurut Pengurus Kafe & Bistro CheeseU Bandar Baru Bangi, Khairul Azman A Karim, kelainan yang ditonjolkan dalam hidangan kambing panggang terletak pada perapan digunakan.

Untuk hidangan kambing panggang yang menjadi tarikan di kafe itu, katanya, bahan perapan seperti rosemary digunakan untuk meningkatkan aroma dan keenakannya.

Bagi melembutkan daging, dia menggunakan soda bikarbonat, manakala daun selasih ditambah ketika memanggang bagi membangkitkan aroma dan menambah rasa hidangan.

Masa untuk memasaknya juga singkat, namun perlu memastikan setiap bahan yang ingin diguna disediakan terlebih dulu. Ikuti langkah mudah menyediakan kambing panggang basil pesto yang menambat selera ini.

Bahannya:

2 keping bahu kambing, diperap beberapa jam

Sos lada hitam

Bahan perapan:

Serbuk rosemary

Sedikit soda bikarbonat

2 sudu kecil serbuk ayam

Sos perasa

Bahan lain:

Brokoli

Lobak merah

Jagung muda

Daun selasih (dikisar)

Kentang goreng

Disiarkan pada: December 13, 2019 @ 5:40am
d