WM

Kekal kulit berseri, mulus, anjal

Oleh WM Metro

KULIT kering, kasar, gatal, berminyak atau berkedut sering dikaitkan sebagai tanda kulit kekurangan air.

Ini kerana kulit mengandungi 64 peratus air dan penggunaan pelembap sebagai rutin penjagaan kulit antara langkah untuk menghalang kehilangan air dari permukaan kulit.

Bagi mereka yang inginkan kulit berseri, mulus dan anjal, Total Image Hydra Glow dengan ekstrak buah delima Viqua® yang dipatenkan terbukti secara klinikal meningkatkan kelembapan dan kehalusan kulit dalam masa 28 hari.

Jus delima dikenali sebagai ‘super fruit’ kerana ia mengandungi lebih banyak antioksidan berbanding dengan jus lain.

Ekstrak buah delima Viqua® yang disalut dengan kapsul nanoteknologi berpaten ADS® juga menghasilkan jumlah antioksidan yang lebih tinggi iaitu 30 hingga 40 peratus polifenol dan 6 hingga 10 peratus Punicalagin, berbanding yang diproses secara konvensional.

Hydra Glow baru ini juga ditambah dengan tripeptida kolagen yang terbentuk dari tiga asid amino iaitu glisin, prolin serta hidroksiprolin yang mudah diserap dan disimpan dalam kulit sekali gus menjadikan kulit lebih anjal dan lembut.

Hydra Glow ini juga disyorkan kepada mereka yang ingin memperbaiki masalah penuaan kulit seperti garisan halus serta kedutan. Ia juga sesuai untuk lelaki dan perempuan dan disyorkan mengambil 2 peket kecil setiap hari untuk hasil lebih baik.

Ia boleh didapati di semua farmasi utama seluruh negara pada harga RM108 untuk 30 peket kecil.

Disiarkan pada: January 9, 2020 @ 6:00am
d