WM

Kekal kecergasan pemakai

Oleh Muhamaad Razis Ismail

RAMAI beranggapan setiap kali melakukan senaman atau aktiviti sukan, pakaian dan kasut yang digunakan tidak perlu dititikberatkan.

Malah, ada juga yang sanggup mengabaikan keselesaan ketika melakukan aktiviti bersukan.

Hakikatnya, pemilihan pakaian sesuai ketika bersenam dan bersukan bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi diri, malah membuatkan badan lebih selesa terutama apabila berpeluh serta dalam keadaan panas.

Menyedari perkara itu, pengeluar produk sukan, Under Armour menghasilkan produk berteknologi tanpa mengabaikan gaya, keselesaan, kesihatan selain mampu meningkatkan prestasi pelanggannya.

Antara yang dihasilkan Under Armour adalah produk sukan yang mempunyai teknologi celliant yang mampu melancarkan peredaran darah.

Pakar Latihan Kanan Under Armour Asia Tenggara, Muhammad Syukri Azman berkata, celliant mengandungi 13 mineral diterapkan di dalam benang yang digunakan dalam produk sukan seperti baju, seluar dan coli sukan.

“Apabila melakukan aktiviti sukan, kita akan kehabisan tenaga. Menerusi pemakaian produk yang menggunakan teknologi celliant, campuran mineral ini menyerap tenaga yang untuk masuk semula dalam badan.

“Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah berjalan lancar dan mengekalkan kecergasan pemakai selain secara tidak langsung mengelakkan daripada berlaku kekejangan otot.

“Produk menggunakan teknologi ini sudah melalui ujian oleh atlet ternama termasuk pemain bola keranjang Stephen Curry dan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock. Ia terbukti berkesan,” katanya.

Menurutnya, terdapat dua produk yang menggunakan teknologi ini iaitu ‘Rush Seemless’ dan ‘Recovery’ di bawah jenama Under Armour.

“Produk Rush seperti baju-T, seluar dan coli sukan sesuai digunakan ketika menjalani latihan dan bersukan dapat mengembalikan tenaga ketika bersenam dan bersukan.

“Kebiasaannya jenama produk sukan lain hanya mengetengahkan produk untuk bersukan, namun Under Armour memperkenalkan produk selepas jalani latihan iaitu Recovery untuk memastikan proses pemulihan berjalan lebih cepat.

“Bagaimanapun, produk ini yang disediakan untuk semua peringkat usia dan jantina dengan menawarkan pelbagai warna seperti merah jambu, oren dan biru, tidak terhad untuk sukan sahaja, malah sesuai untuk aktiviti kasual,” katanya.

Dalam pada itu, produk yang dihasilkan turut menggunakan ‘charged cotton’ yang mengandungi campuran kain kapas dan fabrik polyester.

“Menerusi fabrik ini, proses pengeringan akan menjadi lima kali lebih cepat berbanding kain kapas biasa.

“Produk seperti ini sangat sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini,” katanya.

Disiarkan pada: January 29, 2020 @ 6:30am
d