WM

Alat mekap jimat masa

Oleh Hafiz Ithnin

SOLEKAN dan wanita tidak boleh dipisahkan. Malah, solekan dilihat mampu membantu wanita tampil cantik dan yakin apabila berdepan orang ramai.

Pelbagai teknik solekan juga semakin hari semakin berkembang yang memberi kemudahan kepada wanita untuk kelihatan anggun dan lebih penting tidak mengambil masa terlalu lama untuk berdandan.

Melihat kepada keperluan itu, syarikat pengeluar produk solekan, Wardah memperkenalkan Wardah Instaperfect terdiri daripada 13 barisan produk mekap yang membantu wanita masa kini untuk kelihatan cantik tanpa mengambil masa lama untuk berdandan.

Antara barisan produk itu ialah Mineralight Matte BB Cushion, Mattesetter Lip Matte Paint, City Blusher Click, Porefection Skin Primer, Matte Fit Powder FoundationGeniustwist Matic Contour Brow Brushed, Spotlight Chromatic Eye Pallete dan Dynamic Microsmooth Line.

Pengurus Jenamanya, Shabrina Salsabila berkata, barisan produk itu disasarkan kepada pelanggan yang sibuk dengan aktiviti seharian, tetapi ingin kekal cantik dengan solekan.

Beliau berkata, barisan produk itu juga membantu pelanggan supaya tidak perlu lagi membawa terlalu banyak produk dan alat solek memandangkan dengan hanya menggabungkan tiga produk umpamanya ia mampu memberi kesan mekap yang menarik kepada pengguna.

“Selain itu, ada juga produk di dalam koleksi ini digabungkan dengan alat mekap yang biasanya diasingkan seperti City Blusher Click. Ia didatangkan bersama span yang memudahkan untuk mengadunkan produk berkenaan pada wajah.

“Jadi, apabila mereka ingin keluar tidak perlu lagi memikirkan untuk membawa pelbagai peralatan yang banyak. Sekali gus memberi kemudahan kepada wanita untuk menjimatkan ruang beg bagi mengisi mekap,” katanya.

Barisan produk itu adalah dalam segmen premium yang diperkenalkan syarikat berpangkalan di Indonesia itu kini boleh didapati di Watson dengan harga ditawarkan bermula RM27 hingga RM65 bergantung kepada jenis produk diinginkan pembeli.

Shabrina berkata, menerusi pemerhatiannya wanita di Malaysia amat mementingkan kualiti produk mekap kerana kehidupan yang semakin kompleks memerlukan mekap bertahan lebih lama.

Katanya, disebabkan itu jenama berkenaan amat mementingkan penggunaan bahan semula jadi dan amat menitik beratkan kualiti.

Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 6:15am
d