WM

Aiskrim lega ulser mulut

Oleh Nurul Husna Mahmud

DERITA sakit kudis mulut atau lebih dikenali ulser mulut cukup dirasai terutama ketika menikmati makanan masam atau pedas. Jika orang dewasa sendiri merasakan tidak selesa apatah lagi pada kanak-kanak.

Mengenai golongan yang berisiko, biasanya ia berlaku pada kanak-kanak berumur kurang lima tahun kerana kumpulan umur sama turut berisiko menghidapi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Keadaan luka terbentuk yang turut dikenali ulser aftus itu ialah seperti ada luka berbentuk membulat di dalam tisu lembut mulut.

Luka itu kemungkinan berwarna merah, putih atau kelabu. Perlu diketahui ia sangat sakit!

Ulser mulut yang biasa pada kanak-kanak selalunya mengambil tempoh sekitar tujuh hingga ke 14 hari untuk sembuh bergantung kepada masalah atau ketahanan sistem imun terhadap penyakit.

Setakat ini, tiada sebab yang jelas mengenai punca sebenar selain komplikasi penyakit seperti HFMD kerana difahamkan ulser mulut salah satu gejala penyakit itu. Ada juga kajian mengatakan ulser mulut boleh berpunca daripada tekanan, kekurangan rehat dan trauma.

Mengenai pencegahan untuk mengelak kemungkinan ulser mulut berlaku, Pegawai Perubatan Dr Nur Asyikin Mohd Zaki menyarankan amalan penjagaan kebersihan terutama membabitkan mulut penting. Selain tabiat mencuci tangan dan makan makanan bersesuaian dengan kanak-kanak.

“Kanak-kanak tidak terkecuali mengalami masalah ulser dan ini boleh menyebabkan mereka meradang, merengek selain enggan makan. Ibu dan bapa turut terkesan daripada segi emosi.

“Jadi untuk legakan kanak-kanak ini daripada kesakitan, tipnya elakkan memberi makanan yang keras, pedas dan masam kerana ini akan membuatkan luka ulser bertambah teruk.

“Sebaliknya kurangkan luka itu dengan memberi aiskrim kerana sejuk boleh melegakan kesakitan dan mengu

rangkan tekanan pada bahagian terjejas,” katanya.

Tidak lupa dua tip lain dikongsi termasuk penjagaan teliti pada bahagian mulut kerana membran tisunya lembut dan mudah tercedera.

“Kalau dewasa tergigit pun mudah dapat ulser, apatah

lagi kanak-kanak, tisu mereka lebih lembut dan sensitif pada tekanan. Tidak hairanlah kalau tidak dijaga luka itu boleh menjadi lebih teruk dan ia mengambil masa lebih panjang untuk sembuh,” katanya.

Tip tambahan untuk tangani masalah ulser mulut termasuk:

1. Pastikan ruang mulut bersih. Amalkan tabiat membilas mulut dengan air garam atau listerin selain mencuci gigi.

2. Banyakkan minum air untuk memastikan badan tidak terhidrasi terutama apabila anak mengalami demam panas.

3. Ubat oral untuk kecutkan luka ulser.

Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 6:30am
d