WM

Koleksi mewah berlian

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

SEJAK dahulu lagi berlian diangkat sebagai simbol yang menunjukkan status, kemewahan, gaya elegan dan kekal.

Tidak hairanlah jika ramai wanita yang mendambakan berlian sebagai aksesori barangan kemas pelengkap gaya mereka.

Bagi penggemar dan pencinta barangan kemas berlian, Habib mengadakan Pesta Berlian yang berlangsung sehingga 5 April ini.

Koleksi itu diinspirasikan daripada kilauan berlian yang bersinar terang dan apa yang istimewa mengenai koleksi kali ini, ia menggunakan pelbagai saiz berlian dalam sesuatu rekaan.

Tampil dengan ciri kemewahan, rekaan terkini Habib itu menggunakan pelbagai motif menarik antaranya bunga yang sedang kembang mekar dan koleksi yang diinspirasikan daripada bentuk mahkota.

Antara barangan kemas berlian yang boleh dimiliki adalah cincin, gelang, subang, kerongsang dan rantai panjang.

Untuk rantai panjang, ia dilengkapi dengan loket berlian dan sesuai dipadankan dengan apa jua lilitan tudung si pemakai.

Selain itu, pemakaian kerongsang juga tidak perlu disangkal lagi mampu menambahkan seri penampilan pada acara yang dihadiri.

Dapatkan potongan harga menarik yang ditawarkan, meskipun bilik pameran jenama itu ditutup di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan penularan pandemik Covid-19 namun koleksi itu masih boleh didapati atas talian seperti di Shopee serta Lazada.

Pusat khidmat pelanggan jenama itu juga beroperasi seperti sedia kala untuk membantu pelanggan mendapatkan koleksi berlian yang diingini.

Disiarkan pada: April 1, 2020 @ 7:00am
d