WM

Simbol infiniti kasih ibu

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

MENJENGAH Mei, ada hari istimewa yang sememangnya ditunggu-tunggu semua wanita bergelar ibu iaitu sambutan Hari Ibu.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sambutannya namun apa yang pasti, adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa di hati mereka.

Biar apa juga gelaran yang diberi sama ada ibu, umi, emak, mama, mummy , ma atau bonda namun pengorbanan dan jasa seorang ibu tidak mungkin terbalas dengan wang ringgit.

Dalam memeriahkan lagi sambutan Hari Ibu, ada yang membuat kejutan mengadakan majlis ringkas untuk menunjukkan kasih sayang mereka kepada ibu tersayang, menikmati hidangan bersama seisi keluarga, membawa ibu melancong dan memberi hadiah, barangan yang digemari.

Menyentuh mengenai pemberian hadiah pula, ada yang gemar menghadiahkan ibu mereka aksesori seperti beg tangan, jam, kasut, barangan kemas dan sebagainya.

Bagi yang masih tercari-cari barangan ideal untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang, Pandora menyediakan pelbagai koleksi barangan perhiasan menarik sempena sambutan Hari Ibu.

Koleksi berkenaan menyerlahkan simbol infiniti kasih sayang abadi yang terjalin antara ibu dan anaknya.

Ia sesuai dengan inspirasi jenama itu yang percaya bahawa ibu perlu ditunjukkan setiap hari bahawa cinta dan kasih sayang si anak kepada mereka adalah selama-lamanya.

Inspirasi itu turut mendorong dua Naib Presiden Pengarah Kreatif Pandora, Francesco Terzo dan A Filippo Ficareli meneroka idea kasih sayang si ibu yang tidak terhingga bermula saat anaknya dilahirkan.

"Kami memikirkan hakikat bahawa selepas anda menjadi ibu, anda akan 'bersatu' dengan anak selamanya," kata Terzo.

Sementara Ficareli pula mengakui idea simbol infiniti yang dikaitkan dengan ibu adalah sentimen yang indah bagi pihaknya.

Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah gelang elegan dengan campuran logam unik rose gold 14 karat serta anting-anting perak dan rose gold menarik, yang mengingatkan si ibu kepada kasih sayang anaknya.

Selain itu, rantai leher dan gelang perak serta cincin unik yang boleh dipakai di kedua-dua sisi (depan atau belakang) juga sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang.

Simbol infiniti dalam setiap rekaan diberi sentuhan moden menerusi potongan tertentu selain penambahan simbol ikonik jenama terbabit.

Ia adalah salah satu cara yang sempurna untuk menterjemahkan mesej kasih sayang abadi sama ada menerusi perhiasan perak mahupun Pandora Rose.

Justeru, sempena Hari Ibu ini, raikan ibu kesayangan dengan menghadiahkan mereka perhiasan daripada Pandora yang boleh dipakai untuk sepanjang masa dan kadang-kadang, anda juga mungkin berpeluang untuk meminjam daripadanya.

Sementara itu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandora Malaysia melancarkan kedai dalam talian di ZALORA bagi membolehkan orang ramai mendapatkan barangan yang diingini tanpa perlu keluar dari rumah.

Disiarkan pada: May 5, 2020 @ 7:01am
d