WM

Bahan premium hasil terbaik

Oleh Nurul Husna Mahmud

KETIBAAN Aidilfitri berbaki lagi dua minggu dan pastinya ramai memikirkan apakah biskut yang sesuai baik untuk dinikmati sendiri atau hidangan untuk keluarga.

Justeru, satu resipi mudah dikongsikan Mohd Rahmat Bahaudin atau Cef RB, menggunakan bahan popular dalam masakan tradisi seperti kelapa kering dan gula melaka sebagai kelainan dalam pilihan biskut untuk sajian lebaran.

Katanya, untuk mendapat tekstur biskut yang baik dan rangup, sebaiknya selesai adunan dan menjadi doh, ia perlu rehat sekitar 15 minit.

"Dalam biskut bahan seperti serbuk penaik memerlukan masa untuk bertindak balas dalam adunan. Jadi sebaik-baiknya rehatkan adunan supaya dapat hasil biskut bukan sahaja menarik tetapi teksturnya juga baik.

"Selain itu tip lain dalam pembuatan biskut yang baik ialah penggunaan bahan perlulah menggunakan premium. Kena ketahui mentega dan tepung yang mana baik bagi adunan biskut sesuai.

"Begitu juga serbuk coklat dan serbuk penaik, lagi baru bahan itu dibeli serta kualitinya pula lebih premium sekali gus membuatkan hasil biskut juga baik," katanya.

Tambah Cef RB, biasanya orang tempatan lebih gemarkan biskut yang rangup dan itu boleh dilakukan dengan menambah tempoh masa biskut dibakar.

Resipi biskut oat gula melaka

Untuk hidangan: 60 keping

Bahan A

1) Mentega (salted) 115g

2) Gula Perang 70g

3) Gula Melaka 40g (potong halus)

4) Golden Syrup 85g

5) Esen Vanilla 1/2 sudu besar

Bahan B

1) Garam laut 1/2 sudu besar

2) Telur (A) 1 biji

3) Tepung Gandum 110g

4) Oat 120g

5) Kelapa Kering 80g

6) Serbuk penaik 1/2 sudu besar

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 6:31am
d