WM

Imbau kenangan melancong

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

NORMAL baharu menjadikan masyarakat di seluruh dunia menjalani kehangatan musim panas kali ini dalam suasana berbeza.

Bagi menjadikan ia lebih bermakna, jenama barangan kemas terkenal dari Denmark, Pandora menampilkan koleksi charm menarik untuk mengimbau kenangan indah melancong dan mengembara menerusi barangan kemas.

Koleksi kali ini memberi tumpuan kepada tempat tertentu yang mungkin anda sudah lawati selain turut berada dalam senarai impian untuk direalisasikan.

Ia termasuklah charm Statue of Liberty dalam rona Pandora Rose istimewa yang juga menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Amerika Syarikat (AS).

Charm Moose Maple Leaf pula tidak kurang menariknya dan ia mampu mengimbau kenangan manis mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Kanada.

Bagi yang pernah mengunjungi negara matahari terbit, jangan ketinggalan dapatkan charm Daruma Doll istimewa bagi mengimbau kenangan indah sewaktu berada di Jepun.

Selepas lebih 10 tahun berada di pasaran Malaysia, loket tempatan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

Hadir dalam rekaan berbentuk duit syiling perak, loket berkenaan memiliki ukiran istimewa logo jenama itu pada satu bahagian manakala sebelah lagi memaparkan imej Menara Berkembar Kuala Lumpur dan nama negara.

Untuk waktu terhad, Pandora kini mengadakan promosi gelang istimewa di semua rangkaian butiknya di seluruh negara.

Orang ramai berpeluang mendapatkan gelang percuma bernilai RM329 dengan setiap pembelian minimum RM688 hingga Ahad ini, sementara stok masih ada.

Disiarkan pada: June 20, 2020 @ 6:30am
d