WM

Sihat dari dalam

Oleh Nurul Husna Mahmud

DALAM mengejar trend gaya rambut selebriti dan fashionista, ada kalanya bukan mudah untuk mengekalkan penampilan rambut supaya sentiasa kelihatan sihat meskipun sekadar hitam berkilat.

Apatah lagi pada mereka yang mempelbagaikan gaya dalam menata rias rambut termasuk mengerintingkan, meluruskan, mewarnakan rambut dan menggunakan produk rambut secara berlebihan.

Sekiranya proses ini berterusan dalam jangka panjang, lambat-laun ia akan melemahkan folikel rambut sehingga menjadi kering, rapuh dan mudah putus.

Akhirnya, rambut kita akan menjadi kurang bermaya dan tidak sihat!

Dalam perhatian diberikan terhadap wanita sering melakukan dandanan rambut, wanita berhijab juga mempunyai kebimbangan tersendiri mengenai masalah rambut mereka.

Itu dikongsi Nadia Johari, ibu kepada dua cahaya mata yang mengakui cabaran menguruskan rambut terutama bagi wanita berhijab kerana tertutup dan ditambah pula faktor cuaca tempatan menyebabkan dia sering menghadapi masalah kulit kepala.

"Seharian memakai hijab lebih-lebih lagi dalam cuaca Malaysia ini, saya banyak berpeluh dan kulit kepala saya berasa gatal. Saya menyedari amalan penjagaan rambut saya menjadi lebih mencabar terutama selepas berkahwin.

"Saya sudah mencuba bermacam-macam cara, tetapi tidak berjaya. Namun saya kini berharap dapat menangani masalah penjagaan rambut dan kulit kepala dengan lebih berkesan.

"Sekarang saya tahu bahawa rahsianya adalah membekalkan rambut dan kulit kepala dengan zat nutrisi yang betul. Saya tidak pernah terfikir seperti keperluan bahagian lain dalam tubuh demi kesihatan, kulit rambut juga memerlukan zat nutrisi," katanya.

Menyingkap mengenai masalah rambut sering dihadapi ramai orang, Rozzana Chung Abdullah pula mempunyai pengalaman 30 tahun dalam membantu ribuan klien yang menghadapi masalah kulit kepala dan rambut berkata, tindakan bukan sekadar menghentikan amalan tidak sihat dalam mendandan rambut, tetapi juga diet betul dan sihat.

"Pada zaman ini, ia adalah sangat penting bagi kita untuk mendidik pengguna mengenai penjagaan rambut yang betul. Selain daripada tekanan masa kini yang mempengaruhi rambut, ramai wanita terutama yang lebih muda memilih 'memanjakan' rambut dengan mendandan berlebihan, mewarnakan dan melunturkan rambut.

"Padahal ini boleh memudaratkan kesihatan rambut. Dalam proses penggayaan rambut berkenaan, kita sebenarnya membuang segala zat rambut sedia ada. Oleh itu, pengambilan nutrien rambut yang betul adalah amat penting," katanya.

Tambah Rozzana fakta menarik mengenai rambut ialah struktur organ itu sendiri terdiri daripada protein dinamakan keratin yang dihasilkan dalam folikel rambut di lapisan luar kulit.

Tidak hairanlah folikel rambut memerlukan zat seperti protein, vitamin dan mineral untuk membina tunjang rambut yang kuat bagi menghasilkan helaian rambut yang sihat.

"Jika anda melihat rambut seakan tidak bemaya, kemungkinan besar ia mengalami kekurangan nutrisi. Ini masanya untuk ambil tindakan dan pastikan anda membekalkan rambut dengan nutrisi yang betul bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dari dalam," katanya.

Perunding BiO-LiFE® Marketing Sdn Bhd, Min Lee pula berkongsi mengenai kecacatan struktur rambut boleh berlaku apabila individu kurang protein, mineral, asid lemak penting dan vitamin (iaitu vitamin B-kompleks) dalam pemakanan.

"Mereka yang mengamalkan diet pemakanan yang ketat juga perlu memberi perhatian untuk memastikan kesihatan rambut. Kekurangan protein dalam masa dua atau tiga bulan boleh memberi kesan yang buruk terhadap kualiti rambut anda.

"Ketika mengamalkan diet pemakanan, anda juga perlu membekalkan khasiat untuk rambut dengan zat nutrisi yang betul. Di samping itu, kita juga perlu ingat bahawa penyerapan zat akan menjadi lemah apabila usia kita meningkat," katanya yang turut memaklumkan petanda kekurangan itu boleh boleh dilihat menerusi perubahan seperti rambut menjadi rapuh, kering, pudar dan menampakkan uban pra matang.

Membantu ramai orang kembalikan kesihatan helaian rambut dari dalam, Pengurus Besar Malaysia & Singapura, BiO-LiFE® Marketing Sdn Bhd, Balaji Rajagopal berkata, BiO-LiFE® reVitiz suplemen kesihatan, dengan formula 4-dalam-1 membantu untuk menyuburkan rambut dengan zat nutrisi yang betul supaya rambut tumbuh sihat dan kuat dari dalam.

"BiO-LiFE® reVitiz suplemen rambut yang selamat dalam bentuk kapsul diambil sehari sekali tidak mengandungi gula, ragi, bahan tenusu, gluten, bahan pengawet mahupun perasa tiruan turut diiktiraf halal.

"Ia mengandungi asid amino sulfat yang tertinggi iaitu L-Cysteine Hydrochloride, elemen asas untuk keratin rambut bagi menghasilkan rambut yang sihat dan kuat dari dalam," katanya.

Sementara itu, kebaikan lain dalam kapsul berkenaan termasuk Vitamin B Complex (B3, B5, B6 dan B7) dan Vitamin C dalam BiO-LiFE® reVitiz menyuburkan kulit kepala untuk menguatkan helaian rambut. Selain gabungan mineral zat besi, zink dan tembaga untuk menambah baikkan nutrisi rambut serta mengembalikan kesuburan rambut.

Manakala herba semula jadi Ekstrak Horsetail dalam BiO-LiFE® reVitiz berperanan menyediakan silika semula jadi dan unsur surih ketiga paling banyak dalam badan untuk memberikan sinaran yang cantik kepada rambut!

BiO-LiFE® reVitiz (MAL 18096014NCR) boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga RM 64.90 setiap pek 30 kapsul.

Untuk sebarang maklumat, orang ramai boleh melayari http://Biolife.2.vu/reVitizML.

Rujukan: KKLIU 1425/2020

Tarikh tamat tempoh: 31 Disember 2020

Disiarkan pada: July 14, 2020 @ 7:00am
d