WM

Si kecil yang pintar

Oleh Nurul Husna Mahmud

MENYEDARI ruang kediaman di Malaysia semakin terhad dan premium, Coway Malaysia memperkenalkan model penulen air terbarunya, Coway Kecil sebagai memenuhi trend itu.

Meskipun saiznya kecil teknologi penapisan dalam rekaan 'sleek' dan pintar itu tiada kurangnya dalam memberi kualiti air bersih untuk dinikmati seisi keluarga bermula akhir Julai lalu.

Menurut Pengarah Urusan Coway Malaysia Kyle Choi Ki Ryong di sebalik rekaan langsing, pemiliknya masih dapat merasai teknologi berkuasa hanya dengan satu sentuhan mudah pada panelnya.

"Penulen air Coway Kecil membawakan air bersih yang membantu mengubah kehidupan, khusus buat keluarga urban di Malaysia.

"Trend ketika ini, apabila sebilangan besar kediaman dengan ukuran purata 1.000 kaki persegi dan pemiliknya cenderung memilih perkakas yang kompak berbanding besar, kami yakin yang kecil akan menjadi rebutan dalam kalangan isi rumah urban di negara ini," katanya.

Tambah Kyle, Coway Kecil boleh didapati dalam warna kuning sago (sago beige) dan ia turut datang dengan pakej mesra pengguna apabila mudah dikendalikan.

"Kami komited memastikan semua orang dapat menikmati air bersih tanpa kekotoran untuk menjaga kesihatan dan kebahagiaan mereka.

"Penulen air Kecil mempunyai penutup tap lutsinar yang mudah dicabut untuk dibersihkan. Ini juga membolehkan pengguna melihat kotoran yang mungkin terkumpul di permukaannya.

"Di samping panel digitalnya yang memberikan pengalaman pengekstrakan air dengan satu sentuhan yang mudah dengan navigasi intuitif, menawarkan pelbagai tetapan suhu air untuk memenuhi pelbagai keperluan isi rumah Malaysia. Ini membolehkan pengguna mendapatkan akses kepada air yang sejuk, panas mahupun suhu bilik dengan mudah," katanya.

Penulen air Coway Kecil akan tersedia untuk disewa dengan kadar sewa bulanan serendah RM99 atau boleh dibeli dengan harga RM 3,590.

Sementara itu Pengarah Urusan Bahagian Perniagaan Global, Coway Co Ltd James Park melahirkan rasa bangganya terhadap pasukan Coway Malaysia kerana berjaya mencapai 1.5 juta pelanggan di seluruh pangkalan pelanggannya di Malaysia.

"Sebagai peneraju pasaran, kami berdedikasi terhadap penyelidikan dan perkembangan penyelesaian alam sekitar, terutama membabitkan kesihatan dan kesejahteraan diri.

"Menerusi kerjasama penyelidik terbaik di dunia, kami sangat yakin akan mencapai misi kami dalam menjadikan dunia lebih bersih, selamat dan lebih baik," katanya.

Disiarkan pada: August 14, 2020 @ 6:30am
d