WM

Pencarian ratu Habib

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

SAMBUTAN bulan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan ke-63 negara kali ini dimeriahkan lagi dengan inisiatif jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB yang mengadakan kempen #SokongLokal bagi menyokong bakat dan perniagaan tempatan.

Menerusi kempen #SokongLokal itu, Habib menyokong beberapa perniagaan tempatan untuk merealisasikan potensi dan mencapai impian mereka.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Sri Meer Habib berkata, tunjang ekonomi ketika krisis yang tidak dijangka ialah dengan mengurangkan aliran wang keluar.

Kata beliau, rakyat Malaysia perlu menyokong produk mahu pun perkhidmatan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.

"Semua itu boleh dicapai dengan menyokong perusahaan dan perniagaan tempatan," katanya pada majlis khas yang diadakan di ibu pejabat Habib, di Ampang, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib, Datin Seri Zarida Noordin.

Seiring dengan kempen merdeka itu, Habib turut melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu serta menyokong perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana.

Antaranya, inisiatif #HabibStandsWithYou untuk membantu perniagaan kecil.

Menerusi inisiatif itu, Habib Learning, iaitu anak syarikat Habib Group berperanan menyampaikan pengetahuan dan berkongsi kepakaran mereka mengenai kemahiran perniagaan.

Temubual dan diskusi panel dengan usahawan berpengalaman seperti Meer Habib juga akan diadakan.

Beliau akan terbabit dalam beberapa sesi secara langsung di Instagram dan Facebook.

Selain itu, kursus latihan secara percuma juga akan diberikan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana.

Antara latihan yang ditawarkan adalah khidmat pelanggan, kepimpinan, teknik jualan dan sebagainya.

Lebih menarik, jenama barangan kemas itu turut membeli produk secara pukal dari peniaga biskut tempatan, khususnya mereka yang terjejas ketika pandemik Covid-19.

Semua pelanggan akan menerima sebalang biskut dengan setiap pembelian barang kemas sepanjang bulan ini.

Selain itu, sempena sambutan bulan kemerdekaan kali ini, Habib turut mengeluarkan syiling emas edisi terhad seberat 0.2 gram, yang direka khas.

Justeru, orang ramai diajak untuk bersama- sama memberi sokongan kepada kempen #SokongLokal

#HabibStandsWithYou #KitaJagaKita sempena sambutan Merdeka Habib 2020.

Sementara itu, kempen merdeka kali ini turut diraikan ratu cantik tempatan iaitu barisan finalis Miss Universe Malaysia 2020 dan Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon.

Sebagai penaja utama barangan kemas, Habib turut mendapat sokongan finalis untuk mempromosikan kempen #SokongLokal.

Ia adalah tahun kedua kerjasama antara jenama itu dan Miss Universe Malaysia Organization (MUMO), sebagai penaja barangan kemas serta mahkota.

Pembabitan HABIB dalam pertandingan ratu cantik berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada kecantikan dan bakat tempatan.

Malam Gala Miss Universe Malaysia akan berlangsung pada 5 September ini dan buat pertama kalinya dalam sejarah, upacara pemahkotaan diadakan

secara atas talian, siaran langsung dari www.missuniversemalaysia.com.my.

Salah seorang finalis juga bakal dipilih sebagai Miss Habib melalui undian di media sosial jenama barangan kemas itu.

Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 7:00am
d