WM

Khasiat peria katak

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

PERIA bersaiz kecil dan berwarna hijau tua yang juga dikenali sebagai peria katak dikatakan memiliki banyak khasiat untuk kesihatan.

Dalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi membantu merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk membantu mengubati malaria serta demam.

Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai membantu merawat diabetes.

Peria katak juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.

Malah peria jenis ini juga mampu mencantikkan kulit. Kandungan anti bakteria dan anti fungi di dalamnya dipercayai dapat membantu melawan pelbagai penyakit kulit seperti kudis.

Selain itu, peria katak turut kaya dengan anti oksida yang mampu membentuk sistem pertahanan badan lebih kuat.

Disiarkan pada: August 25, 2020 @ 6:30am
d