WM

Kekal gaya retro

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

JENAMA terkenal dari Jepun, Onitsuka Tiger terus menarik perhatian penggemarnya dengan menawarkan koleksi kontemporari menggabungkan elemen fesyen dengan sukan, warisan dan inovasi.

Terbaru, jenama terbabit melancarkan koleksi OHBORI EX yang diinspirasikan daripada kasut Ohbori yang pertama kali dikeluarkan pada 1974 dan dipakai pemenang Sukan Olimpik.

Koleksi berkenaan menampilkan rekaan kasut muncung tajam yang tersendiri berbanding versi asal namun masih mengekalkan gaya sukan dan retronya.

Selain itu, pelapik luarnya juga dihasilkan daripada kusyen yang diperbaharui dengan struktur elastik pelbagai lapis.

Ia juga turut digunakan dalam rekaan asal kasut Ohbori manakala pelapik tengahnya diperbuat daripada fuzeGel.

Model Ohbori kini diperbaharui sebagai kasut hibrid dengan tambahan pelbagai fungsi.

Koleksi berkenaan berada di rangkaian terpilih kedai jenama itu dan dijual pada harga RM539.

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 6:20am
d