WM

Fesyen terkini gaya gadis Perancis

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

Meskipun terkenal dengan jolokan kota cinta ditambah dengan kemegahan Eiffel Tower yang menjadi tarikan utamanya, Perancis hub trend fesyen terkini yang cukup mengujakan.

Wanita Perancis juga dianggap paling rapi dan sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini.

Selain menjadi hub fesyen terkini, Perancis mempunyai kelainan tersendiri dalam setiap gaya ditampilkan tidak kira gaya glamor hingga kasual.

Gaya Perancis sentiasa menjadi ikutan ramai penggemar fesyen di serata dunia termasuk Malaysia.

Namun, bolehkah gaya Perancis dibawa ke Malaysia dan adakah ia sesuai dengan cuaca di sini?

Pusat membeli-belah fesyen borong pertama di Malaysia yang menawarkan koleksi terbesar dan komprehensif, KWC Fashion Wholesale mengajak pembaca terutama penggemar fesyen mengintai gaya Perancis musim panas dan paling menarik, ia sesuai digayakan oleh Muslimah.

Kelebihan skirt bertingkat Ruffle

Salah satu gaya yang "tak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas" adalah 'Maxi Ruffle Skirt'. Ruffle atau skirt bertingkat sudah ada dari abad ke-15, diciptakan sebagai kain renda dilipat sebagai pemanis busana wanita serta mempunyai keistimewaan sendiri.

Kelebihan pertama yang harus diketahui mengenai skirt bertingkat ini adalah ia dapat memberikan anda penampilan yang lebih menyakinkan jika anda risau dengan masalah bentuk badan. Selain itu, ia juga membenarkan pergerakan si pemakai lebih mudah dan kelihatan bergaya.

Lebih menarik, ia juga dapat membuatkan si pemakai kelihatan langsing dan tinggi. Bagi yang berbadan kecil, Ruffle skirt ini sangat sesuai buat mereka. Ini kerana lapisan melintang bertingkat pada skirt menampakkan individu lebih besar sekali gus bilangan tingkat skirt membantu mereka kelihatan lebih tinggi.

Ruffle skirt adalah tip tampil sopan ala wanita Perancis. Kain ruffle bertingkat atau berlapis panjang boleh dipakai dari siang hingga malam, dan sesuai digayakan untuk kasual atau formal.

Boleh dipadankan dengan blaus motif garisan atau polos untuk penampilan Chic, selain memadankan dengan tas ringkas.

Bagi 'kaki membeli belah' di luar sana, anda boleh mendapatkan pakaian yang menawarkan gaya ini di butik Fesyen Memori (Tingkat 3A Lot 48), KWC Fashion Wholesale kerana semua yang anda inginkan ada di situ.

Pilihan fesyen ringkas dan romantik

Gaya Perancis tidak semestinya memberikan impak yang berlebihan. Pilihan yang betul dapat merubah penampilan kepada gaya wanita Perancis yang romantik.

Justeru, KWC Fashion Wholesale menawarkan pelbagai pilihan fesyen terkini yang lebih ringkas dan romantik sesuai dengan gaya yang diinginkan.

Klasik tetapi tampak moden

Wanita Perancis gemar memakai set persalinan yang klasik tapi masih kelihatan moden dan elegan. 

Padanan blaus polos dengan kain bercorak atau daun bercorak bunga kecil menyerlahkan sifat romantik wanita Perancis seperti Kota Cinta Paris.

Digabungkan pula dengan pilihan anting-anting rumbai (Tassel Earring) dan beg tangan yang sama warna atau neutral. Ia pastinya membuatkan si pemakai tampil gaya dan semua itu boleh didapati di butik Hannatime (tingkat 3A Lot 57), KWC Fashion Wholesale.

Kasut tumit tinggi pelengkap gaya Perancis

Gaya Perancis sering dikaitkan dengan kasut tumit tinggi. Padanan kasut tumit tinggi di butik Revol, (Tingkat LG Lot 73A), KWC Fashion Wholesale nyata tidak mengecewakan.

Dengan pelbagai pilihan kasut tumit tinggi, ia juga secara tidak langsung akan melengkapkan penampilan si pemakai ala wanita Perancis disamping kelihatan lebih tinggi dan menambah keyakinan diri.

Segalanya ada di KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale bukan sahaja mempunyai pilihan baju malah terdapat aksesori lain seperti kasut, hijab dan barangan perhiasan yang lain yang terkini.

Semuanya di bawah satu bumbung dan menawarkan harga borong.

KWC Fashion Wholesale adalah pusat borong Muslimah terbesar di Kuala Lumpur dan menawarkan pelbagai fesyen terkini.

Dapatkan idea fesyen trend di laman web www.kenangacity.com.my atau ikuti (follow) laman sosial KWC, Facebook https://www.facebook.com/KWCfashionwholesale/ dan Instagram https://www.instagram.com/kwcfashionwholesale/.

Disiarkan pada: October 16, 2020 @ 10:56am
d