WM

Jualan dalam talian akhir tahun KWC

Oleh Suliati Asri

Ramai berpendapat, aktiviti membeli belah adalah terapi diri yang boleh membuatkan seseorang itu tenang dan lari dari tekanan terutama golongan wanita.

Bagaimanapun, dengan penularan pandemik Covid-19, berjalan di pusat membeli-belah tidak lagi memberikan keselesaan apatah lagi mencari barangan yang diinginkan.

Namun, aktiviti membeli-belah kini masih boleh dilakukan pada bila-bila masa di mana juga dengan kaedah pembelian dalam talian yang semakin menjadi 'trend' dan sangat sesuai dengan keadaan semasa.

Terkenal sebagai pusat beli-belah fesyen borong terbesar di Malaysia, KWC Fashion Wholesale menawarkan pelbagai pilihan barangan termasuk fesyen Muslimah, pakaian moden lelaki dan wanita serta kanak-kanak dengan harga borong di 800 kedai.

Bagi menggalakkan pelanggan menikmati aktiviti beli-belah melalui dalam talian selain menjadi terapi ketika keadaan yang tidak menentu dan tekanan kehidupan, KWC menyediakan platform membeli-belah secara dalam talian.

Kini, aktiviti membeli-belah di kala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini pastinya lebih mengujakan dengan pelancaran Kempen Jualan Akhir Tahun KWC.

Justeru, bagi si 'kaki membeli belah', inilah masanya untuk mendapatkan pelbagai barangan menarik di 800 kedai di pusat beli-belah itu.

Lebih menarik, pelanggan bukan saja boleh membeli secara terus di butik, tetapi juga boleh berbelanja secara dalam talian menerusi platform Instagram, Facebook, Telegram, Shopee dan Lazada butik berkenaan.

Selain memiliki barangan yang disukai, pelanggan juga dapat menikmati potongan harga terhebat sehingga 50 peratus dengan menggunakan kod promosi KWCYES secara dalam talian sehingga 30 Disember.

Potongan harga menerusi kod promosi KWCYES itu juga boleh dinikmati dengan pembelian secara terus di mana-mana butik pilihan di KWC Fashion Wholesale dengan hanya menunjukkan kod promosi itu kepada pembantu kedai.

Tidak hanya menawarkan pelbagai pilihan berfesyen, produk kelengkapan rumah termasuk peralatan kecil, dapur, tempat tidur, permaidani dan banyak lagi boleh di dapati di KWC dengan harga berpatutan.

Untuk melihat sendiri pelbagai barangan yang ditawarkan, layari laman sesawang www.kenangacity.com.my

Sempena jualan akhir tahun ini, KWC akan bersiaran langsung di Facebook dan menawarkan pelbagai promosi hebat pada 24, 25 dan 26 November ini.

Pelbagai hadiah menarik menanti pelanggan yang dapat menjawab soalan mudah. Hadiah dan baucar beli-belah juga disediakan oleh KWC dan butik yang mengambil bahagian.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut menanti pelanggan yang berjaya menjawab soalan mudah yang diberikan semasa siaran langsung itu. Hadiah dan baucar beli-belah juga disediakan oleh KWC dan butik yang mengambil bahagian juga menanti untuk dimenangi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Dengan pandemik Covid-19, pelanggan yang datang ke KWC tidak perlu khuatir kerana pusat beli-belah itu sentiasa memastikan keselamatan pelanggan dan peniaganya.

Justeru, langkah berjaga-jaga sentiasa dititikberatkan termasuk tidak membenarkan pengunjung yang mempunyai suhu badan yang tinggi, demam, selesema atau bergejala tidak dibenarkan memasuki premis.

Keseluruhan pusat beli-belah juga di sanitasi sepanjang masa terutamanya kawasan berisiko tinggi seperti lif dan eskalator.

KWC sentiasa mengikut garis panduan kerajaan bagi memastikan pelanggan lebih selamat dan terjaga semasa membeli belah.

Disiarkan pada: November 15, 2020 @ 10:47am
d