WM

Penampilan siluet

Oleh Hartini Mohd Nawi

Peruncit pakaian global UNIQLO kini mengumumkan kemunculan pertama Uniqlo U HEATTECH.

Baju kemeja leher kru lengan panjang sesuai untuk lelaki dan wanita itu menggabungkan gaya halus dengan fungsi inovatif.

Pertama kali diperkenalkan pada 2003, HEATTECH yang nipis namun hangat dengan pakaian dalam termal terbukti menjadi kegemaran pelanggan.

Uniqlo U adalah koleksi Future LifeWear Essentials dari Artistic Director Christophe Lemaire dan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) UNIQLO di Paris.

Gaya harian ditampilkan semula menggunakan bahan inovatif dan kontemporari siluet.

Setiap koleksi bermusim dirancang dengan ketepatan tertinggi menepati gaya masa kini.

Bahagian luar kain yang luar biasa ini berasaskan 100 peratus kapas untuk pengalaman bersih dan selesa

Sementara bahagian dalam pula dihasilkan dengan teknologi HEATTECH yang menyerap dan mengekalkan haba daripada badan untuk memberikan kehangatan berterusan.

Selain ringan dan selesa, gaya Uniqlo U HEATTECH baharu menawarkan penampilan yang siluet dalam palet canggih serta menarik.

Ia sesuai digayakan secara berlapis atau solo selain potongan unik ini memberikan lebih kebebasan di musim sejuk.

Koleksi Uniqlo U HEATTECH boleh didapati di butik UNIQLO di Fahrenheit 88, Mid Valley Megamall dan atas talian.

Disiarkan pada: November 17, 2020 @ 7:00am
d