WM

Usah abai bentuk lengan

Oleh Hafiz Ithnin

PASTINYA jika masuk ke gimnasium, anda memasang impian memiliki bentuk tubuh yang menarik secara keseluruhannya termasuk tangan.

Jurulatih Kecergasan, Mohd Hoesni Rahmat berkata, memiliki lengan yang menarik sebenarnya tidak begitu sukar sekiranya individu itu melakukan senaman betul dan berterusan. Malah, penjagaan diet juga tidak boleh diketepikan.

Katanya, bahagian lengan kadang-kala tidak diberi perhatian anda yang inginkan bentuk tubuh menarik kerana hanya memfokuskan kepada bahagian lain seperti perut, kaki dan pinggul.

"Bahagian tangan juga tidak boleh dikecualikan dalam membentuk tubuh yang menarik kerana ia antara bahagian yang dapat menonjolkan keseimbangan seseorang itu dalam melakukan latihan kecergasan.

"Jangan terlupa, dalam melakukan latihan, lengan sebenarnya antara bahagian yang paling menonjolkan bentuk fizikal seseorang," katanya.

Justeru, Hoesni berkongsi lima tip latihan di bahagian lengan yang mungkin anda boleh dipraktikkan:

1. Senaman trisep

Bahagian otot lengan yang paling banyak menyimpan lemak. Contoh senaman ialah risep dip dan trisep pull down. Senaman seperti ini boleh dilakukan setiap hari tetapi di atas kadar yang berpatutan dan tidak keterlaluan sehingga mengakibatkan kecederaan.

2. Senaman deltoid

Bahagian antara lengan dan bahu. Di otot ini terdapat sendi yang menghubungkan antara lengan dan bahu iaitu sendi 'ball and socket'.

Anda haruslah sangat berhati-hati ketika melakukan senaman di bahagian ini kerana sendinya mudah tercedera jika tidak melakukan teknik senaman yang betul dan keterlaluan.

'Front raise,' 'leteral raise' dan 'sholuder press' antara senaman yang membabitkan pergerakan otot ini. Kebanyakan pergerakan otot ini juga membabitkan pergerakan otot trisep.

Otot trisep adalah otot sokongan kepada otot deltoid dalam melakukan pelbagai gerakan. Saling berhubung dan berkait rapat.

3. Senaman bisep

Paling mudah, senang dan begitu popular. Otot yang mudah digerakkan. Lemak juga jarang berkumpul di bahagian itu kerana kebanyakan pergerakan fungsi banyak menggunakan otot ini.

4. Kombinasi senaman

Menggabungkan dua atau lebih senaman lengan dalam satu gerakkan senaman. Kepelbagaian variasi senaman lengan dalam satu gerakan senaman juga antara idea yang baik dan efisyen.

Contoh senaman gabungan ialah seperti 'bisep curl' dan 'shoulder press' boleh juga disertakan bersama 'trisep extension.'

5. Regangan lengan

Senaman regangan adalah sangat penting. Ia hendaklah dilakukan sebelum dan selepas melakukan senaman lengan. Ia juga boleh mengurangkan risiko kecederaan sendi dan menyediakan otot sebelum bersenam melakukan angkatan. Regangan lengan juga dapat melegakan dan mengurangkan lenguh selepas melakukan senaman lengan.

Lakukan 'shoulder strech dan trisep strech' dengan tekanan yang bersesuaian. Jangan beri tekanan berlebihan ketika melakukan regangan atau regangan berlebihan.

Disiarkan pada: November 23, 2020 @ 6:30am
d