WM

Tidur berkualiti

TINJAUAN Kementerian Kesihatan sebelum ini mendapati bahawa menjelang tahun lalu, kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang dialami rakyat selepas penyakit jantung.

Hasil tinjauan mendapati seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas sebanyak 29.2 peratus mengalami masalah kesihatan mental, hampir tiga kali ganda berbanding 11.2 peratus yang dilaporkan pada 2006.

Selain itu, dalam kalangan belia Malaysia berusia 13 hingga 17 tahun pula, satu daripada lima belia didapati mengalami kemurungan, dua dalam lima belia lagi dibelenggu keresahan dan satu dalam 10 belia pula menghadapi tekanan.

Mengenai kesejahteraan mental isi rumah Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula, satu tinjauan kesihatan terbaharu yang dijalankan kumpulan pemikir Malaysia The Centre membabitkan 1,084 responden di negara ini mendapati bahawa 45 peratus daripada responden melaporkan kesejahteraan minda mereka terjejas dengan tahap keterukan berbeza.

Selain itu, 22 peratus lagi melaporkan tahap keresahan pada tahap antara teruk sehingga amat teruk, dengan 20 dan 15 peratus daripada responden melaporkan tahap kemurungan serta tekanan yang serius sehingga amat serius.

Wanita dan mereka yang berusia di bawah 35 tahun pula melaporkan tahap emosi negatif yang lebih tinggi.

Antara 18 hingga 26 peratus wanita pula menyatakan bahawa mereka mengalami kemurungan, keresahan dan tekanan yang teruk sehingga amat teruk.

Dalam pada itu, Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa Amerika Syarikat (IASP) berkata, dianggarkan satu bilion penduduk di seluruh dunia dianggap mempunyai masalah gangguan mental atau salah guna bahan dan sesiapa di mana-mana sahaja boleh terkesan.

IASP turut mendakwa kemurungan bakal menjadi beban penyakit utama dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Hakikatnya, tahun lalu sememangnya agak mencabar dengan penularan pandemik Covid-19 dan orang ramai terpaksa berhadapan dengan realiti kesihatan, kehidupan akibat kehilangan pekerjaan, interaksi sosial yang terbatas serta kesihatan minda yang terjejas.

Justeru, sempena Hari Kesihatan Mental Dunia (WMHD), pakar kesihatan tidur, AmLife International Sdn Bhd mengadakan bengkel dalam talian dan fizikal bertemakan Tidur Lena Demi Kesihatan Mental.

Bengkel yang diadakan bagi mendidik orang ramai mengenai isu kesihatan mental di rantau ini disertai peserta dari enam negara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Taiwan dan Malaysia.

Pengasas merangkap Presiden AmLife, Lew Mun Yee berkata, tidur yang berkualiti meningkatkan kesihatan psikologi dan mental, begitu juga sebaliknya.

Kata Lew, isu kesihatan fisiologi dan psikologi semakin meningkat di peringkat global dengan seorang daripada lima orang mengalami masalah kesihatan mental.

"Oleh demikian, kami menekankan pentingnya pendidikan mengenai tidur dan ia juga adalah sebahagian daripada falsafah perniagaan kami," katanya.

Sementara itu, pakar terapi bunyi bertauliah dengan pengalaman terapi menyeluruh selama 30 tahun (Globe Sound & Consciousness Institute, San Francisco, Amerika Syarikat), Elizabeth Huxtable dan pakar dalam bidang psikiatrik, perubatan tidur dan geriatrik merangkap dekan Rafah Sleep Clinic di Taiwan, Dr Luke Wang turut dipilih bagi berkongsi maklumat mengenai kesihatan mental.

Menurut Dr Luke, seseorang perlu tidur nyenyak untuk meningkatkan kesihatan mental yang seterusnya menambah baik kesihatan secara keseluruhan.

"Tidur yang terganggu menjejaskan keliutan otak dan mengubah tahap tekanan serta sistem radang.

"Ujian klinikal menunjukkan bahawa kualiti tidur yang kurang baik boleh menyebabkan penyakit alzheimer selain tekanan jangka panjang, meningkatkan paras glukosa darah dan menyebabkan kelemahan metabolisme.

"Ia juga meningkatkan risiko kegemukan lantas memberi kesan kepada tekanan mental dan kesihatan secara keseluruhan, " katanya.

Kajian turut mendapati frekuensi bunyi boleh menjejaskan sistem saraf dan mencetus kesan pemulihan positif kepada minda serta badan.

Elizabeth berkata, terapi bunyi membantu meringankan tahap tekanan dengan mengurangkan tekanan darah serta membantu sistem vaskular untuk meregangkan salur darah bagi membolehkan ia mengalir dengan lebih lancar.

Kata Elizabeth, setiap organ dan sel dalam badan manusia mempunyai frekuensi resonans.

"Ada kalanya, disebabkan tekanan, toksin dalam persekitaran, penyakit dan sebagainya, organ mula menggetarkan frekuensi yang salah.

"Maka getaran bunyi yang memulihkan boleh membantunya kembali kepada frekuensi semula jadi dan menjadikan badan lebih tenang," katanya.

Berdasarkan pandangan itu, syarikat berkenaan memperkenalkan penyelesaian DeepZleep Amsonic iaitu teknologi tidur regeneratif dari Jepun yang menggabungkan terapi potensi elektrik, terapi haba dan terapi kekerapan AmSonic dalam bentuk tilam.

Terapi frekuensi AmSonic ialah teknologi Jepun terbaharu yang memanfaatkan frekuensi alam semula jadi dan frekuensi pemulihan kerohanian untuk megharmonikan frekuensi badan selain diserasikan dengan persekitaran semula jadi.

Ia bukan sahaja dapat membantu untuk merehatkan badan malah turut memberi melegakan kepada ketegangan dan memastikan seseorang itu dapat tidur dengan lebih lena.

Disiarkan pada: January 2, 2021 @ 6:15am
d