WM

Ketahui khasiat bawang merah

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

BAWANG merah adalah sejenis ramuan masakan yang popular dan kerap digunakan di seluruh dunia.

Seperti bawang putih, kedua-duanya dikenali sebagai 'superfood' kerana mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa bawang merah juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

Ia dipercayai digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dalam rawatan tradisional sejak berkurun lamanya.

Berikut adalah antara manfaat bawang merah untuk kesihatan:

1) Membantu sistem penghadaman.

Bawang merah kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.

Ia juga mengandungi bahan kimia saponin yang boleh membantu mengurangkan sakit dan kekejangan perut.

2) Antipenuaan

Bawang merah juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.

3) Menguatkan sistem ketahanan badan

Bawang merah juga dikatakan kaya dengan vitamin C yang juga sejenis antioksidan.

Kehadiran vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.

Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan.

Ia turut mengandungi selenium, yang dipercayai mampu membantu meningkatkan sistem imun.

4) Membantu mengawal kadar gula dalam darah

Kandungan 'quercetin' pada bawang merah dipercayai dapat membantu meredakan radang. Penghasilan insulin dan semua khasiat itu bermanfaat bagi mereka yang mengalami kencing manis.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah pengganti kepada ubat yang diberikan doktor tetapi sebagai usaha tambahan dalam mengawal kadar gula.

5) Membantu mencegah keradangan

Kandungan 'quercetin' pada bawang merah dipercayai dapat membantu meredakan keradangan.

Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kepala yang disebabkan selesema dan hidung tersumbat kerana kandungan sulfur pa

da bawang merah yang mampu memecahkan mukus.

) Membantu meningkatkan kualiti tidur

Ia dikatakan mempunyai probiotik yang dapat membantu meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan.

Selain itu, dikatakan terdapat bakteria baik dalam bawang ini yang dipercayai dapat membantu merangsang fungsi otak dengan lebih baik.

7) Membantu meningkatkan kesihatan jantung

Kandungan flavonoid pada bawang merah ini dikatakan dapat membantu fungsi jantung.

Selain itu, kandungan organosulfur pada bawang merah dapat membantu mencegah risiko munculnya penyakit kardiovaskular.

Ia juga mengandungi tiosulfinat yang dapat membantu mengurangkan dan menurunkan risiko penyakit strok (angin ahmar).

Disiarkan pada: February 8, 2021 @ 6:14am
d