WM

Permata idaman

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

BERBANDING ratusan jenis permata yang ada di dunia, berlian antara pilihan utama kebanyakan wanita.

Ia tidak pernah gagal untuk membuatkan seseorang wanita itu berasakan dirinya istimewa dan disayangi.

Tidak hairan jika berlian simbolik kepada perasaan cinta, keraian, penghormatan, pencapaian dan detik bermakna.

Pemilihan berlian sebagai pelaburan juga sebenarnya satu langkah yang bijak selain memiliki kekerasan dan daya tahan kuat serta tidak mudah pecah.

Seperti emas, harga berlian bersijil dunia juga berubah mengikut permintaan dunia dan ia sesuai dijadikan hadiah terbaik kepada keluarga tersayang, teman dan insan istimewa.

Untuk itu, Habib Jewels (Habib) mengadakan Pesta Berlian di semua bilik pamerannya sehingga 4 April ini bagi memberi peluang kepada orang ramai memiliki berlian idaman.

Pengurus Besar Perhubungan Awam Kumpulan Habib, Yasheedah Yashaiya berkata, pesta berlian itu adalah salah satu kempen yang menjadi tumpuan dan dinantikan pelanggan pada setiap tahun.

"Seperti yang umum sedia maklum, Pesta Berlian Habib diadakan bukan sahaja untuk memberi penghargaan kepada keindahan dan kecantikan barangan kemas berlian malah juga sebagai platfom untuk menyampaikan informasi berkaitan permata itu kepada orang ramai.

"Ini kerana keistimewaan dan keunikan berlian tidak dapat disangkal lagi selain setiap satu berlian adalah berbeza selain mempunyai sifat yang tersendiri," katanya.

Untuk makluman pembaca, berlian secara amnya dinilai berdasarkan empat ciri utama (4Cs) iaitu warna, potongan, kejelasan dan karat.

Antara semua itu, ciri-ciri utama yang perlu dititik beratkan adalah potongan kerana cara potongan akan menentukan tahap kilauan berlian berkenaan.

Namun, apa pula yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan sebutir berlian?

Menurut Yasheedah, orang ramai yang mahu membeli berlian perlu perhatikan warnanya kerana ia digred bermula daripada D iaitu warna jernih sehingga Z iaitu warna seakan-akan kekuningan.

Kata Yasheedah, potongan berlian pula merujuk kepada simetri dan tahap kilauan sebutir berlian itu sendiri.

Katanya, potongan 'bulat' lebih digemari kerana ia memantulkan lebih banyak cahaya.

"Untuk ciri-ciri kejernihan pula, ia merujuk kepada kejelasan berlian. Lebih jernih, lebih tinggi nilainya.

"Karat pula adalah berat sebutir berlian di mana satu karat bersamaan dua gram," katanya.

Yasheedah berkata, tarikan utama penganjuran tahun ini adalah koleksi berlian diinspirasikan daripada pelbagai jenis bunga yang terdapat di Malaysia.

Antara bunga yang menjadi pilihan adalah mawar, dahlia, bunga raya, bunga tanjung dan jenjarum.

Kata Yasheedah, rekaan terbaharu musim bunga kali ini itu adalah simbol cinta dan kasih sayang.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan berlian dalam pelbagai saiz, berat dan bentuk seperti bulat, bersegi, zamrud, hati serta marquise yang bersijil dari GIA.

"Habib juga membawa berlian Hearts On Fire iaitu berlian potongan terbaik dunia dengan pelbagai saiz, potongan dan ia mula mendapat tempat di hati selebriti tempatan.

"Di Habib, setiap barangan kemas berlian adalah berkualiti tinggi dan mencapai standard piawaian yang ditetapkan untuk menjadikannya kekal bersinar meskipun berganti tahun.

"Bukan itu sahaja, jenama ini juga adalah pengeluar barangan kemas tempatan yang pertama meraikan kewujudan berlian sejak lebih dari 30 tahun lalu di Malaysia menerusi penganjuran pesta berlian," katanya.

Dalam pada itu, pelbagai rekaan berlian mewah boleh dimiliki dan ia mampu disesuaikan dengan setiap personaliti.

Selain itu, cincin berlian sebutir dikenali sebagai 'solitaire' klasik, set perkahwinan berlian dengan pelbagai harga mampu milik dan gelang berlian untuk acara pembatalan air sembahyang pada majlis pernikahan juga boleh dimiliki.

Untuk jejaka tersayang pula, jangan ketinggalan untuk mendapatkan pelbagai rekaan cincin berlian yang diperbuat daripada perak, palladium atau titanium.

Selain tarikan barangan eksklusif yang terhad dan promosi istimewa, terdapat juga pelbagai aktiviti secara virtual yang menanti pengunjung sempena penganjuran Pesta Berlian Habib di semua billik pameran.

Sepanjang Mac ini juga, bilik pameran pertama Habib di Lembah Klang iaitu di Semua House turut mengadakan Jualan Pindah Kedai yang istimewa.

Disiarkan pada: March 12, 2021 @ 7:00am
d