akademia

Memartabat warisan

Oleh Fazurawati Che Lah

PROGRAM Rindok Sarawak Fringe 2019 berjaya menarik pengunjung di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak untuk memeriahkan acara anjuran penuntut Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dan staf Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Mendapat kerjasama kerajaan Sarawak, program Rindok Sarawak Fringe adalah satu daripada program di bawah inisiatif UNIMAS bertujuan untuk memartabatkan budaya dan warisan masyarakat di Malaysia terutama di negeri itu.

Rindok Sarawak Fringe memberi peluang kepada penuntut untuk mempamerkan hasil kerja yang memfokuskan kepada komuniti, sastera, budaya dan warisan seterusnya memberi pendedahan kepada mahasiswa berinteraksi dengan khalayak serta komuniti.

Selain itu, objektif utama program berkenaan juga untuk memupuk kesedaran terhadap pertalian erat antara komuniti, sastera, budaya dan warisan dalam melestarikan ilmu pengetahuan serta kehidupan pada era globalisasi kini.

Program itu juga berjaya meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai berkenaan kepentingan pemuliharaan budaya serta warisan.

Antara persembahan yang ditampilkan penuntut UNIMAS ialah tarian India, tarian moden, tarian ngajat dan orkestra daripada UNIMAS Music Asgard Chinese Orchestra.

Selain itu, terdapat juga pameran hasil karya penuntut antaranya ialah Sarawak Ethnic Literature, National Culture, Bako National Park and Traditional Games, Reviving the Nostalgic of Books in the Digital World: Book-U hunt, Flashback of Traditional Food (Tea Evolution), Popular Culture and Religions, dan Popular Culture and Religious Fashion.

Disiarkan pada: December 30, 2019 @ 10:03am
d